Keberkesanan ubat cacing terhadap serangan Endoparasit dalam kambing

Norsyhirah Osman, (2016) Keberkesanan ubat cacing terhadap serangan Endoparasit dalam kambing. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Keberkesanan ubat cacing terhadap serangan Endoparasit dalam kambing.pdf

Download (799kB)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan dua jenis antelmintik terhadap serangan endoparasit dalam temakan kambing. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan penggunaan Albendazol dan Ivermektin terhadap kawalan populasi endoparasit di dalam ternakan kambing. Kedua-dua ubat cacing ini diberikan mengikut berat badan kambing secara individu. 0.2 mg per kg Ivermektin diberikan kepada kambing melalui suntikan manakala 20 mg per kg diberikan kepada kambing melalui oral. Kiraan telur cacing mula diambil seminggu sebelum rawatan diberikan. Kajian ini dijalankan di ladang dan makmal Fakulti Pertanian Lestari. Sebanyak 10 ekor kambing kacukan Boer dan 10 ekor kamblng Katjang betina digunakan dan diberi 2 jenis rawatan. Kajian telah berjalan selama 9 minggu. Data dikumpul setiap 7 hari bagl melihat populasi encloparasit dalam kambing. Terdapat perbezaan bererti terhadap kawalan populasi endoparasit selepas pemberian Ivermektin dalam kambing (p < 0.05). Pemberian Albendazol untuk menangani jangkitan endoparasit tidak menunjukkan perbezaan berertl (p > 0.05). Kesimpulannya, kedua-dua jenis ubat cacing boleh digunakan untuk mengawal populasi endoparasit dalam kambing. Walau bagaimanapun, satu kajian jangka panjang perlu dijalankan untuk memastikan jadual pemberian ubat cacing yang berkesan dapat dihasilkan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Agriculture , goats , endoparasitic infections
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
S Agriculture > SF Animal culture
Divisions: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 06 Nov 2019 00:12
Last Modified: 06 Nov 2019 00:12
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23996

Actions (login required)

View Item View Item