Pengetahuan dan sikap para pelajar jurusan Agroteknologi Politeknik sandakan terhadap pertanian organik

Khairul Afif Khairuddin, (2017) Pengetahuan dan sikap para pelajar jurusan Agroteknologi Politeknik sandakan terhadap pertanian organik. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Pengetahuan dan sikap para pelajar jurusan Agroteknologi Politeknik sandakan terhadap pertanian organik.pdf

Download (889kB)

Abstract

Suatu penyelidikan telah dijalankan di Politeknik Sandakan untuk mengetahui latarbelakang, tahap pengetahuan, dan sikap para pelajar jurusan agroteknologi yang terbabit dalam kajian terhadap pertanian organik. Ia telah dijalankan dengan bentuk soal selidik berborang selidik secara rawak seramai 106 responden dengan berlandaskan tatacara linjauan Keratan Rentas. Daripada penyelidikan ini, hubungan latar belakang pengetahuan dan sikap mereka mengenai pertanian organik telah dikenalpasti. Daripada hasil kajian yang telah dijalankan, pelajar perempuan mempunyai tahap pengetahuan lebih tinggi berbanding pelajar lelaki dengan peratusan sebanyak 88.34 peratus jawapan betul berbanding 85.12 peratus. Bagi tahun pengajian pula, hasil kajian menunjukkan pelajar tahun 3 Politeknik Sandakan mempunyai tahap pengetahuan lebih tinggi berbanding tahun 2 dan 1 iaitu jumlah peratusan tertinggi jawapan betul sebanyak 95.56 peratus. Seterusnya, hasil kajian aspek pengetahuan dan sikap pelajar menunjukkan hasil yang positif terhadap pertanian organik. Tahap pengetahuan dan sikap pelajar berkaitan pertanian organik berada ditahap cemerlang berdasarkan data yang telah dianalisis.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Organic farming , agriculture , agrotechnology
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Divisions: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 06 Nov 2019 23:45
Last Modified: 06 Nov 2019 23:45
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24015

Actions (login required)

View Item View Item