Kesan buah keras ( Aleurites Moluccana {L.) Willd.) mentah terhadap prestasi pertumbuhan pada ayam pedaging

Nur Amirah A.Karim, Kesan buah keras ( Aleurites Moluccana {L.) Willd.) mentah terhadap prestasi pertumbuhan pada ayam pedaging. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Kesan buah keras ( Aleurites Moluccana {L.) Willd.) mentah terhadap prestasi pertumbuhan pada ayam pedaging.pdf

Download (1MB)

Abstract

Kajian telah dilakukan di Rumah Ayam Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah, Sandakan, Sabah untuk mengkaji kesan kepada isirung buah keras (Aleurites mo/uccana (L.) Willd) mentah terhadap prestasi pertumbuhan ayam daging. Objektif kajian ini adalah mengkaji kesan pemberian 2.5% isirung buah keras pada bahagian berbeza isirung buah keras (Aleurites mo/uccana (L.) Willd) mentah terhadap prestasi pertumbuhan pada ayam pedaging. Sejumlah 100 anak ayam jantan berumur 1 hari jenis baka Cobb 500 telah digunakan semasa menjalankan kajian ini. Reka bentuk kajian ini adalah Rekabentuk Rawak Lengkap menggunakan 4 jenis rawatan yang berbeza iaitu (D1) sebagai diet kawalan, (D2) mengandungi basal diet + 2.5% buah keras, (D3) mengandungi diet basal + 2.5% minyak dan (D4) mengandungi diet basal +2.5% hampas buah keras. Setiap rawatan diulang sebanyak 5 kali ayam pedaging. Parameter yang dikaji adalah berdasarkan prestasi pertumbuhan ayam pedaging iaitu pengambilan makanan, berat badan, pertambahan berat badan, nisbah penukaran makanan dan kadar kematian. Akhir sekali, kajian ini menunjukkan bahawa kesan buah keras (Aleurites moluccana (L.) Willd) mentah boleh digunakan dalam diet ayam pedaging kerana ia tidak mengurangkan prestasi pertumbuhan kerana mempunyai perbezaan bererti.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Candlenut, Aleurites moluccana, broiler chicken, growth performance, fatty acid
Subjects: S Agriculture > SF Animal culture
Divisions: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 07 Nov 2019 06:53
Last Modified: 07 Nov 2019 06:53
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24027

Actions (login required)

View Item View Item