Struktur biologi sarang dan morfologi lebah kelulut Genera Heterotrigona (Meliponini)

Herrica Clara Laidin, (2018) Struktur biologi sarang dan morfologi lebah kelulut Genera Heterotrigona (Meliponini). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Struktur biologi sarang dan morfologi lebah kelulut Genera Heterotrigona.pdf

Download (2MB)

Abstract

Kajian telah dijalankan untuk mengkaji biologi sarang dan morfologi lebah kelulut genera Heterotrigona (Meliponini). Objektif kajian ini adalah untuk membandingkan struktur biologi sarang antara ketiga-tiga spesies Heterotrigona: itama, bakeri dan erythrogastra. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk membandingkan struktur morfologi antara spesies H.itama, H.bakeri dan H.erythrogastra. Kekunci dikotomi digunakan untuk pengecaman spesies berdasarkan perbezaan pada morfologi luaran lebah kelulut ini. Persampelan lebah kelulut telah dilakukan di Kg. Sabandar (Tuaran), Taman Rimba (Sandakan) dan Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre. Lebah kelulut ditangkap menggunakan bekas kosong dan hasil tangkapan tersebut telah dibawa ke makmal Fakulti Pertanian Lestari (Makmal Entomologi) untuk pengecaman. Kaedah Principal Component Analysis (PCA) dan Analysis of Variance (ANOVA) satu hala telah digunakan untuk mengekstrak data menggunakan ukuran pada struktur morfologi lebah kelulut. PCA telah mengekstrak tiga komponen variasi yang penting yang menerangkan sebanyak 87.147% melalui kepelbagaian set data. Kajian ini mendapati bahawa struktur morfologi lebah kelulut yang penting untuk pengecaman adalah panjang tubuh spesies, sayap depan, sayap belakang, kaki depan, kaki belakang, tibia belakang, kepala, mata kompaun, "malar space", toraks, mesoskutum, dan skutum. Terdapat perbezaan bererti antara struktur morfologi bagi H.itama, H.bakeri dan H.erythrogastra (ANOVA satu hala;

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Stingless bee , Sabah , Genera Kelulut
Subjects: S Agriculture > SF Animal culture
Divisions: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 07 Nov 2019 06:54
Last Modified: 07 Nov 2019 06:54
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24034

Actions (login required)

View Item View Item