Kesan campuran media ke atas pertumbuhan rumput tikar (Axonopus compressus)

Zahratul Ain Jamal, (2016) Kesan campuran media ke atas pertumbuhan rumput tikar (Axonopus compressus). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kesan campuran media ke atas pertumbuhan rumput tikar.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan campuran media yang berbeza ke atas pertumbuhan rumput tikar (Axonopus compressus). Kajian telah dijalankan di kawasan terbuka ladang Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah, Sandakan. Kajian telah dijalankan selama dua belas minggu dengan menggunakan kaedah Rekabentuk Rawak Blok Lengkap (RCBD). Rekabentuk tersebut mengandungi lima rawatan dan empat replikasi. Tiga komponen rawatan yang berbeza dengan menggunakan nisbah yang berlainan iaitu pasir, tanah atas dan bahan organik mengikut nisbah yang berbeza iaitu campuran 1 (kawalan-1:0:0), campuran 2 (3:2:1), campuran 3 (2:2:2), campuran 4 (1:4:1) dan campuran 5 (4:1:1). Parameter yang diukur dalam rawatan ini ialah pemanjangan stolon, bilangan nod, lebar daun, panjang daun (diambil datanya setiap dua minggu sekali), warna, peratusan penutupan bumi (% penutupan bumi), berat basah, berat kering bahagian atas rumput, dan peratusan kandungan air, peratusan penutupan bumi, diambil datanya pada akhir kajian. Pada akhir kajian ini dijangka campuran 4 iaitu nisbah media 1:4:1, nisbah yang paling sesuai diguna pakai dalam penanaman rumput tikar.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Carpet grass , soil , media
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Divisions: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 02 Jan 2020 00:08
Last Modified: 02 Jan 2020 00:08
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24525

Actions (login required)

View Item View Item