Kesan ketoksikan Minyak Neem terhadap Nimfa Bemisia Tabaci, perosak jambu batu di Sg. Batang, Sandakan

Margreta Frans Micky, (2017) Kesan ketoksikan Minyak Neem terhadap Nimfa Bemisia Tabaci, perosak jambu batu di Sg. Batang, Sandakan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kesan ketoksikan Minyak Neem terhadap Nimfa Bemisia Tabaci.pdf

Download (962kB) | Preview

Abstract

Ancaman lalat putih (Bemisia tabaci) terhadap pokok jambu batu (Psidium guajava Linn.) semakin menular dan menyebabkan kerugian secara ekonomi terhadap pengusaha tanaman jambu batu. Justeru itu, kajian ini telah dijalankan untuk menentukan kesan ketoksikan B'Green Minyak Neem (Azadirachta indica A. Juss.) terhadap nimfa B. tabaci. Nimfa B. tabad dikumpul daripada dua ladang jambu batu iaitu ladang jambu organik ladang jambu batu komersial yang menggunakan insektisid kimia. Rekabentuk kajian ialah Rancangan Acak Lengkap (RAL). Daun jambu batu yang diserang oleh nimfa B. tabaci dicelupkan ke dalam bancuhan minyak neem dengan kepekatan yang berbeza iaitu 0, 42.5, 85.0, 170.0 ppm untuk menentukan kepekatan maut (Lethal Concentration). Nilai masa maut (Lethal Time) telah ditentukan berdasarkan tempoh pendedahan nimfa kepada minyak neem iaitu 24, 48, 72, dan 96 jam. Setiap rawatan direplikasi sebanyak tiga kali termasuk rawatan kawalan menggunakan air suling. Pemerhatian dilakukan selama 96 jam dan mortaliti nimfa direkodkan selang 24 jam. Nilai LCso dan LC.xi yang tertinggi ialah daripada ladang jambu batu komersil iaitu masing­masing 4.081 µg/g dan 14.967 µg/g. Kajian mendapati bahawa nilai LTso dan LT90 daripada ladang jam bu batu komersil lebih tinggi daripada nilai LT so dan LT 90 untuk ladang jam bu batu organik. Nilai nisbah kerintangan FRso bagi ladang jambu batu organik berada dalam julat 1 hingga 3.956, manakala nilai FR90 ialah 1 dan 5.168 masing-masing pada tempoh dedah ke 48 dan 72 jam. Untuk ladang jambu batu komersial, nilai FRso pada tempoh dedah 48, 72, dan 96 jam ialah 9.845, 8.581 dan 9.445, manakala FR90 ialah 1.975, 1.0 dan 1.685.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Neem Oil , toxic , guava farms
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Divisions: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 02 Jan 2020 00:09
Last Modified: 02 Jan 2020 00:09
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24527

Actions (login required)

View Item View Item