Kesan suhu dan cahaya terhadap percambahan biji benih Reus carica L

Robialljn Alawiah Haris, (2017) Kesan suhu dan cahaya terhadap percambahan biji benih Reus carica L. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kesan suhu dan cahaya terhadap percambahan biji benih Reus carica L.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah cfljalankan di Makmal T eknologi Biji Benih, Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah, Sandakan, Sabah dari Julai 2016 hingga Oktober 2016 untuk mengkaji kesan suhu dan cahaya terhadap percambahan biji benih Ficus carica L (buah tin). Terdapat dua faktor yang digunakan dalam kajian ini iaitu tahap suhu yang berbeza dan jangkamasa pendedahan terhadap cahaya yang berbeza. Biji benih buah tin yang didedahkan kepada suhu 25°C, 30°C dan 20/J<>°C dan jangkamasa pendedahan terhadap cahaya O jam, 12 jam, dan 24 jam. Sebanyak 36 piring petri cfigunakan dalam kajian ini. Data yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan 3x3 faktorial Reka Bentuk Rawak Lengkap (CRD) dengan empat replikasi untuk mengenalpasti perbezaan antara rawatan. Antara parameter yang diambil daripada kajian ini ialah peratus percambahan (% ), indeks percambahan, panjang radikal (sm), panjang plumul (sm), berat segar akar (g), berat segar pucuk (g), berat leering akar (g), berat leering pucuk (g) dan indeks kebemasan biji benih. Keputusan untuk percambahan biji benih menunjukkan rawatan T2M3 menghasilkan indeks percambahan tertinggi dengan 45.491. Rawatan T2M2 mempunyai peratusan percambahan biji benih tertinggi dengan 91. 75%. Manakala bagi parameter panjang radikal, rawatan T1M2 mencatatkan purata kepanjangan radikal yang tertinggi iaitu 1.8475 sm dan purata kepanjangan plumul tertinggi dengan 0.81 sm. Rawatan T1M2 menunjukkan purata berat segar akar yang tertinggi iaitu 0.14 gram. Rawatan T2M3 menunjukkan nilai berat tertinggi bagi berat kering akar dengan nilai 0.0055 gram. Rawatan T1M2 menghasilkan nilai berat segar pucuk tertinggi dengan nilai 0.038 gram. Rawatan T2M3 menunjukan nilai tertinggi bagl parameter berat leering pucuk dengan nilai 0.0037 gram. Seterusnya, keputusan menunjukkan rawatan T2M3 mempunyai indeks tertinggi bagi parameter indeks kebemasan biji benih dengan nilai 2.17. Hasil daripada kajian ini membuktikkan bahawa suhu berselang 20/3<>°C adalah tidak sesuai untuk percambahan biji benih Ficus carica. Oleh itu, rawatan yang terbaik yang dicadangkan kepada petani ialah T2M3 (30°C dengan 24 jam pendedahan cahaya) kerana mempunyai lndeks percambahan dan indeks kebernasan biji benih yang tinggi. Selain itu, rawatan T2M2 pula adalah rawatan kedua yang terbaik yang mencatatkan peratus percambahan yang tinggi berbanding rawatan TJM2.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Ficus carica L seed., Sabah , temperature
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Divisions: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 03 Jan 2020 06:51
Last Modified: 03 Jan 2020 06:51
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24544

Actions (login required)

View Item View Item