Kesan Vermikompos terhadap pertumbuhan dan hasil cili (Capsicum Annuum L.)

Nor Atiqah Aziz, (2017) Kesan Vermikompos terhadap pertumbuhan dan hasil cili (Capsicum Annuum L.). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kesan Vermikompos terhadap pertumbuhan dan hasil cili.pdf

Download (968kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan vermikompos terhadap pertumbuhan dan hasil cili ( Capsicum annuum L.). Kajian ini menggunakan media yang disarankan oleh MARDI bagi mengkaji rawatan organik tanpa menggunakan baja kimia. Kebiasaanya pokok cili ditanam secara komersil menggunakan baja kimia, tapi bagi kajian ini baja kimia yang digunakan kebiasaanya diganti dengan baja vermikompos yang mempunyai kadar berbeza iaitu 200 g, 400 g, 600 g, 800 g, 0g (digantikan dengan tinja ayam) dan manakala 0 g adalah kawalan bagi setiap rawatan. Setiap rawatan mempunyai 5 replikasi. Berdasarkan pada kajian-kajian sebelum ini, baja vermikompos akan memberikan kesan positif terhadap pertumbuhan dan hasil buah cili, oleh itu kajian ini dijalankan untuk mengetahui kesan vermikompos pada kadar yang berbeza ke atas tanaman cili. Kajian ini akan dijalankan di Universiti Malaysia Sabah yang terletak di batu 10 Jalan Sungai Batang Sandakan Sabah. Berdasarkan keputusan yang diperolehi melalui kajian ini, rawatan VC1= 200 g memberikan perbezaan yang. sangat bererti terhadap parameter hasil iaitu bilangan buah dan berat buah setiap pokok yang mempunyai nilai yang tinggi berbanding dengan baja vermikompos yang lain. Penggunaan baja vermikompos yang berlebihan memberikan kesan yang kurang memberangsangkan ke atas pokok cili dari segi pertumbuhan dan hasil cili. Secara keseluruhannya rawatan yang mengandungi kadar vermikompos sebanyak 200 g memberikan perbezaan yang sangat bererti terhadap hasil cili dan sangat disyorkan kepada para petani.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: MARDI , chilli , plants , planting
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Divisions: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 06 Jan 2020 23:25
Last Modified: 06 Jan 2020 23:25
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24548

Actions (login required)

View Item View Item