Komposisi kimia isirung buah keras (Aleurites Moluccana (L.) Willd) mentah

Nur Ezzati Mathirah Basir@Bashir, (2017) Komposisi kimia isirung buah keras (Aleurites Moluccana (L.) Willd) mentah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Komposisi kimia isirung buah keras.pdf

Download (837kB) | Preview

Abstract

Satu kajian telah dijalankan di Makmal Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah, Sandkan, untuk mengkaji komposisi kimia isirung buah keras (Alurites moluccana) mentah. Objektif kajian tersebut adalah untuk mengkaji nilai nutrisi dan nilai anti nutrisi isirung buah keras tersebut. Rawatan yang digunakan dalam kajian ini ada tiga iaitu buah keras (Tl), minyak buah keras (T2) dan hampas buah keras (T3). Antara ujian yang akan dilakukan adalah ujian menentukan nilai lembapan, abu, bahan kering, serabut gentian, protein kasar, serat lemak, nitrogen ekstrak bebas, tenaga kasar dan kandungan saponin. Daripada hasil kajian tersebut, isirung buah keras (Tl) adalah yang terbaik diantara kesemua rawatan kerana mempunyai nilai nutrisi yang tinggi jika dibandingkan dengan T3. Kesimpulannya, isirung buah keras (Tl) boleh digunakan sebagai makanan tambahan pada makanan ayam kerana buah keras mempunyai kandungan asid lemak poli tak tepu yang tinggi.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Sabah , raw candlenut , chicken , chemical composition
Subjects: Q Science > QD Chemistry
S Agriculture > SB Plant culture
Divisions: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 08 Jan 2020 23:33
Last Modified: 08 Jan 2020 23:33
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24593

Actions (login required)

View Item View Item