Kajian penentu tren pengurusan sistem tagal di daerah Ranau

Kadir Jaafar, and Harifah Mohd Noor, and Jurry Foo, (2013) Kajian penentu tren pengurusan sistem tagal di daerah Ranau. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kajian penentu tren pengurusan sistem tagal di daerah Ranau.pdf

Download (75kB) | Preview

Abstract

Kajian bertajuk Kajian Penentu Tren Pengurusan Sistem Taga/ Di Daerah Ranau, Sabah. Matlamat kajian ini ialah mengkaji penentu tren pengurusan sistem Tagal di daerah Ranau, Sabah. Bagi mencapai matlamat tersebut, tiga objektif telah dibentuk, iaitu (i) mengenalpasti tren pengurusan sistem Tagal yang dijalankan di kawasan kajian, (ii) mengenal pasti persekitaran fizikal kawasan kajian dan persekitaran sosial kawasan kajian, dan (iii) menganalisis faktor yang mempengaruhi pengurusan sistem Tagal di kawasan kajian. Kawasan kajian adalah meliputi Kg. Luanti Baru, Kg. Pinawantai dan Kg. Kinarasan. Ranau dipilih sebagai kawasan kajian kerana pencapaiannya dalam pelaksanaan sistem tersebut. Kaedah yang telah digunakan dalam kajian ini adalah pemerhatian, temubual, pemerhatian ikut serta dan kajian pustaka. Manakala data yang diperolehi dianalisi menggunakan Principal Component Analisis (PCA) dan analisis SWOT. Hasil kajian menunjukkan bahawa, terdapat empat faktor utama yang mempengaruhi tren pengurusan sistem Tagal di kawasan kajian, iaitu sosio-ekonomi, kesejahteraan, komitmen dan konservasi. Manakala sembilan cadangan telah dikemukakan untuk penambahbaikan pelaksanaan sistem tersebut yang diharapkan dapat memberikan manfaat kepada semua pihak.

Item Type: Research Report
Uncontrolled Keywords: Tagal , river system management , Ranau , Sabah
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 29 Jan 2020 02:47
Last Modified: 29 Jan 2020 02:47
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24718

Actions (login required)

View Item View Item