Kesan lklan makanan di televisyen terhadap corak pemakanan kanak­kanak di Sabah, Malaysia

Andreas Totu, and Halina Sandera Mohd Yakin, Kesan lklan makanan di televisyen terhadap corak pemakanan kanak­kanak di Sabah, Malaysia. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kesan lklan makanan di televisyen terhadap corak pemakanan kanak­kanak di Sabah.pdf

Download (148kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh iklan makanan di Malaysia terhadap sikap dan kepercayaan kanak-kanak dalam pola pemilihan jenis makanan di Sabah. Selain pengaruh iklan, kajian ini turut mengenalpasti pengaruh faktor-faktor lain seperti ibubapa dan persekitaran keluarga, gaya hidup dan rakan sebaya serta pengetahuan mengenai khasiat makanan. Seramai 804 responden yang dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan daripada beberapa sekolah rendah di seluruh Sabah. Responden terdiri daripada kanak­kanak yang berumur diantara 7 hingga 12 tahun yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu Umur Pertengahan (UP) dan Awal Remaja (AR). Kajian ini yang menggunakan pendekatan penyeidikan kuantitatif, dengan menggunakan survei, mendapati beberapa dapatan yang menarik. Antara dapatan kajian yang penting ialah bahawa kanak-kanak di Sabah mempunyai kecenderungan yang tinggi dalam memilih makanan segera yang dijual di testoran-restoran francais atau disebut sebagai Quick Service Restaurants (QSR) seperti KFC, McDonald dan Bu!"ger King. Kecenderungan memilih makanan segera, khususnya burger, mempunyai pertalian yang signifikan dengan pendedahan iklan. Didapati bahawa kanak-kanak yang banyak terdedah dengan iklan (heavy viewers) nampaknya Iebih berkecenderungan memilih makanan segera dan minuman berkarbonat berbanding dengan kanak-kanak yang tergolong sebagai 'light viewers'. Bagaimanapun, magnitud kesignifi_kanan perhubungan yang diperolehi adalah kecil menurut norma eta Cohen's -d. Selain, iklan, faktor-faktor turut berpengaruh terhadap sikap dan kepercayaan terhadap makanan segera, khususnya faktor ibubapa dan persekitaran keluarga. Manakala, tidak wujud perhubungan yang signifikan diantara faktor pengetahuan mengenai khasiat makanan dengan corak pemilihan makanan kanak-kanak dalam kajian ini.

Item Type: Research Report
Uncontrolled Keywords: Food , Sabah , restaurants
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 02 Mar 2020 07:57
Last Modified: 02 Mar 2020 07:57
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25015

Actions (login required)

View Item View Item