Pengurusan tapak pelupusan sampah mapan di negeri sabah: kajian kes tapak pelupusan sanitari Kayu Madang Kota Kinabalu, Sabah

Mohammad Tahir Mapa, and Ali Akbar Gulasan, and Ubong Imang, and Nor-ina Kanyo, (2015) Pengurusan tapak pelupusan sampah mapan di negeri sabah: kajian kes tapak pelupusan sanitari Kayu Madang Kota Kinabalu, Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Pengurusan tapak pelupusan sampah mapan di negeri sabah.pdf

Download (58kB) | Preview

Abstract

Masalah pengurusan tapak pelupusan semakin serius di kebanyakan negara terutamanya negara yang bergantung kepada kaedah timbus tanah. Faktor utama masalah tersebut adalah disebabkan oleh kesan sampingan kaedah tersebut seperti pencemaran cecair lesapan, pencemaran bau dan masalah penyakit, ditambah lagi dengan pertambahan jumlah penduduk yang tidak terkawal di beberapa negara membangun. Umumnya, pertambahan jumlah sisa adalah berkadar langsung dengan pertambahan sisa. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengetengahkan elemen utama dalam pengurusan tapak pelupusan yang lebih mapan. Untuk mencapai tujuan tersebut, terdapat tiga kaedah pengumpulan data yang digunakan iaitu kaedah temubual pegawai DBKK yang mengendalikan tapak pelupusan dan pusat pengumpul bahan kitar semula dan kaedah soal selidik kepada isirumah di sekitar DBKK, MPKB,MDT,MDPT dan MDPG. Kaedah analisis LCA tu:-ut digunakan untuk mengetahui sumbangan penggunaan bahan kitar semula dalam penjimatan tenaga dan alam sekitar. Peranan masyarakat, pihak swasta dan scavengers dalam menyumbang kepada konsep pengurusan tapak pelupusan mapan juga ditentukan melalui kaedah yang dicadangkan. Hasil kajian mendapati terdapat lapan (8) jenis komposisi sisa yang telah dikenalpasti di tapak pelupusan dengan jumlah purata sisa sebanyak 13020.29 tan/bulan. DBKK tidak menggunakan sebarang model pengurusan tapak pelupusan mapan dalam operasi tapak pelupusan. Sumbangan isirumah, pusat pengumpul dan scavengers dalam mengurangkan jumlah sisa ditapak pelupusan masing­masing sebanyak 14.5%/bulan, 11.32%/bulan dan 3.72%/bulan. Analisis LCA mendapati terdapat penjimatan tenaga dalam penghasilan produk baru dengan menggunakan bahan kitar semula berbanding menggunakan bahan asli.

Item Type: Research Report
Uncontrolled Keywords: Waste Disposal , Kota Kinabalu , Sabah
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 02 Mar 2020 07:58
Last Modified: 02 Mar 2020 07:58
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25020

Actions (login required)

View Item View Item