Faktor pendorong ekspatriat akademik memilih institusi pengajian tinggi awam di Sabah sebagai tempat untuk membina kerjaya

Norazah Mohd Suki, and Suyansah Swanto, and Wardatul Akmam Din, and Norbayah Mohd Suki, and Mohd Kamal Mohd Shah, (2014) Faktor pendorong ekspatriat akademik memilih institusi pengajian tinggi awam di Sabah sebagai tempat untuk membina kerjaya. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Faktor pendorong ekspatriat akademik memilih institusi pengajian tinggi awam di Sabah sebagai tempat untuk membina kerjaya.pdf

Download (61kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bersandarkan kepada tiga objektif penyelidikan: (i) meneroka apakah sebab, kepercayaan, persepsi, dan attitud ekspatriat akademik memilih Sabah sebagai tempat untuk membina kerjaya, (ii) mengenalpasti apakah faktor dominan yang dipertimbangkan oleh ekspatriat akademik memilih Sabah sebagai tempat untuk membina kerjaya, dan (iii) mengkaji samada faktor pendorong ekspatriat akademik dalam membuat keputusan memilih institusi pengajian tinggi awam di Sabah sebagai tempat untuk membina kerjaya mempunyai kesan positif yang signifikan terhadap kepuasan kerjaya ekspatriat, peningkatan sosio-ekonomi komuniti dan persekitaran, dan industri pelancongan di Sabah. Melalui temubual yang dijalankan bersama tiga puluh orang responden yang dikenalpasti, hasil dari dapatan kajian yang diperolehi berkaitan sebab mengapa ekspatriat akademik ini memilih Sabah sebagai tempat untuk membina kerjaya adalah disebabkan oleh pelbagai perkara seperti beban kerja di negara asal, peluang kerjaya di negara tuan rumah, memperolehi pengalaman baru, dan pembangunan kerjaya. Di samping itu, keadaan negara asal, kerjaya mundur, gaji yang lebih tinggi, keselamatan negara tuan rumah, kestabilan ekonomi negara tuan rumah, mudah mendapatkan dana penyelidikan, persekitaran kerja, mahu melihat dunia, kepuasan kerja, makanan halal di negara tuan rumah, sokongan keluarga, infrastruktur canggih, negara yang moden, dan negara yang aman turut dinyatakan. Nilai mata wang negara tuan rumah, mengetahui budaya negara tuan rumah, kos sara hidup yang rendah, meningkatkan kualiti hidup, keharmonian hidup, lokasi, keadaan negara tuan rumah, cabaran, cara hidup masyarakat negara tuan rumah, keindahan alam semulajadi, melancong, masalah peribadi di negara asal, dan kestabilan negara tuan rumah turut dikenalpasti.Sebab-sebab ini telah dikategorikan kepada dua bahagian iaitu merujuk kepada sesuatu yang tidak memuaskan sewaktu mereka berada di negara asal dan kelebihan yang terdapat di negara tuan rumah. Rumusan dan implikasi kajian penyelidikan turut dibincangkan.

Item Type: Research Report
Uncontrolled Keywords: Sabah , career , Public University
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: FACULTY > Labuan Faculty of International Finance
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 05 Mar 2020 00:31
Last Modified: 05 Mar 2020 00:31
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25066

Actions (login required)

View Item View Item