Media etnik dan pemupukan semangat kekitaan dalam kalangan audiens Kadazan Dusun : satu penerokaan konsep 'Cultural Proximity' terhadap berita ikadazan / idusun TVi

Dg. Siti Alizawaty Ag. Ali, (2019) Media etnik dan pemupukan semangat kekitaan dalam kalangan audiens Kadazan Dusun : satu penerokaan konsep 'Cultural Proximity' terhadap berita ikadazan / idusun TVi. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Media etnik dan pemupukan semangat kekitaan dalam kalangan audiens Kadazan Dusun.pdf

Download (963kB) | Preview

Abstract

Tesis ini berkongsi dapatan kajian mengenai penontonan berita etnik dalam mencapai matlamat perpaduan dalam kalangan masyarakat Kadazan Dusun di Sabah. Dapatan kajian kualitatif ini menumpukan kepada audiens Serita iKadazan iDusun Tvi dalam kalangan masyarakat Kadazan Dusun di Penampang dan Ranau, iaitu seramai 58 orang, berusia antara 20 tahun hingga 70 tahun. Pengenalan Serita iKadazan dan iDusun dalam lVi menerusi saluran 180 (kini 109) Astra sejak April 2011, membolehkan masyarakat khususnya kaum Kadazan Dusun menonton berita dalam bahasa etnik mereka. Temu bual dengan pengujian Konsep Cultural Proximity, selain Teori Resepsi ini mendapati penontonan responden terhadap rancangan berita etnik didorong faktor bahasa dan kedekatan budaya yang ditonjolkan dalam berita yang bersifat tempatan. Walaupun kandungan berita sama boleh ditonton menerusi saluran berita lain dalam Bahasa Melayu, mereka lebih selesa dan mudah memahami berita dalam bahasa etnik sendiri. Temu bual mendalam juga mendapati, penontonan media etnik yang dikhuatiri memperkukuh identiti etnik khalayak dan menjejaskan pembentukan identiti nasional, tidak berlaku pada masyarakat Kadazan Dusun. Penonton berita dalam bahasa etnik sebaliknya meningkatkan kesedaran dan memupuk semangat kekitaan mereka untuk terus memperjuangkan kelestarian bahasa dan budaya etnik mereka yang mendapat pengiktirafan kerajaan, sebagai satu kaum yang setara dengan kaum­kaum lain di negara ini. Dalam dapatan kajian lni, semangat kekitaan itu turut diselangi perasaan kebersamaan yang melambangkan identiti nasional mereka sebagai rakyat Malaysia. Media etnik boleh mencapai matlamat perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Ethnic , Kadazan Dusun , communities , Sabah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
Divisions: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 12 Mar 2020 08:39
Last Modified: 12 Mar 2020 08:39
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25238

Actions (login required)

View Item View Item