Keberkesanan penggunaan modul pengajaran kooperatif terhadap penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam mata pelajaran ekonomi

Azieyana Aziz, (2019) Keberkesanan penggunaan modul pengajaran kooperatif terhadap penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam mata pelajaran ekonomi. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
Keberkesanan penggunaan modul pengajaran kooperatif terhadap penguasaan.pdf

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menentukan keberkesanan penggunaan Modul Pengajaran Kooperatif (MPK) terhadap penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam mata pelajaran Ekonomi. Kajian dijalankan menggunakan kaedah eksperimen pengagihan rawak di tiga buah sekolah menengah di daerah Keningau dan melibatkan seramai 62 orang pelajar tingkatan lima yang mengambil subjek Ekonomi. Di setiap sekolah, pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan yang terdiri daripada kumpulan kawalan yang diajar menggunakan strategi pembelajaran konvensional dan kumpulan rawatan yang di ajar menggunakan strategi pembelajaran kooperatif. Keseluruhan tempoh kajian ialah sembilan minggu iaitu 72 jam yang dibahagikan kepada tiga minggu iaitu 24 jam di setiap sekolah. Marleah kumpulan pelajar kemudian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science for Windows Version 20.0 {SPSS). Perisian SPSS digunakan untuk mendapatkan min keseluruhan markah kumpulan kawalan dan rawatan dalam ujian pra pasca, nilai ujian-t, signifikan, min persepsi pelajar serta hubungan penggunaan strategi pembelajaran dengan penguasaan KBAT. Hasil daripada analisis data yang dilakukan terhadap ujian pra-pasca kumpulan rawatan dan kawalan mendapati terdapat peningkatan tahap KBAT pelajar dalam kumpulan rawatan dengan jumlah min markah 59.26 berbanding dengan kumpulan kawalan dengan jumlah min markah 50.45. Nilai korelasi juga menunjukkan hubungan yang positif iaitu 0.782. Keadaan ini menunjukkan penggunaan strategi pembelajaran kooperatif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu meningkatkan KBAT pelajar. Proses interaksi yang berlaku melalui pembelajaran kooperatif membantu meningkatkan keupayaan pelajar menganalisis, memberikan idea baharu serta membuat hubung kait. Kajian ini memberi implikasi penting untuk mengenal pasti alternatif yang boleh digunakan oleh guru untuk meningkatkan KBAT pelajar.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: effectiveness, higher order thinking skill
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 10 Aug 2020 01:03
Last Modified: 10 Aug 2020 01:03
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25768

Actions (login required)

View Item View Item