Kesan pembuangan jambul Nanas (Ananas Comosus (L) Merr.) dan penyimpanan ke atas kualiti buah

Norulazam Sharuddin, (2007) Kesan pembuangan jambul Nanas (Ananas Comosus (L) Merr.) dan penyimpanan ke atas kualiti buah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
Kesan pembuangan jambul Nanas.pdf

Download (90kB)

Abstract

Kajian ini telah dilakukan untuk menilai kesan pembuangan jambul nanas sebelum tuai dan tempoh penyimpanan buah nanas ke atas kualiti buah nanas. Ia telah dijalankan selama 22 minggu termasuk rawatan di ladang bagi pembuangan jambul nanas dan penyimpanan buah didalam bilik sejuk di Makrnal Teknologi Tumbuhan. Rekabentuk eksperimen yang digunakan adalah Rekabentuk Rawak Lengkap (CRD). Eksperimen ini dijalankan dengan memberikan empat tahap rawatan pembuangan jambul termaksuklah kawalan, iaitu tanpa pembuangan jambul, pembuangan jambul pada minggu ke empat, pembuangan jambul pada minggu ke lapan, dan pembuangan jambul pada minggu ke -12. Manakala tempoh penyimpanan di dalam bilik sejuk adalah tiga tahap termasuk kawalan, iaitu tanpa tempoh penyimpanan, dua minggu penyimpanan, dan empat minggu penyimpanan. Parameter seperti jumlah pepejal terlarut (TSS), peratus (%) asid tertitrat, nilai pH, dan peratus (%) kehilangan berat telah ditentukan. Didapati pembuangan jambul pada minggu ke -12 dengan penyimpanan selama dua minggu memberikan nilai pH tertinggi iaitu nilai pH 4.21. Interaksi diantara rawatan yang lain tidak memberikan kesan yang ketara terhadap nilai kualiti , TSS, asid tertitrat (%) dan kehilangan berat (%).

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Fruits , pineapple , CRD
Subjects: Q Science > QK Botany
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 12 Aug 2020 02:57
Last Modified: 12 Aug 2020 02:57
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25783

Actions (login required)

View Item View Item