Membongkar rahsia Kuala Sungai Merah

Jakaria Dasan, (2007) Membongkar rahsia Kuala Sungai Merah. New Sabah Times .

[img]
Preview
PDF
81Kb

Abstract

Rombongan UMS seramai 22 orang telah mengadakan lawatan selama dua hari ke kg. Long Pasia pada 11-12 Disember 2006. Long Pasia atau sebagaimana maksudnya dalam bahasa Lundayeh iaitu Kuala Sungai Merah (Long Pa’ Sia) terletak pada kedudukan , 405’U, 11507’T. Jaraknya dari Pekan Sipitang ialah sejauh 180 km. Setelah beberapa lama begitu sukar dihubungi, dan suatu ketika hanya dapat dihubungi oleh pengunjung luar menggunakan kapal terbang kecil dan ringan, akhirnya Long Pasia dapat juga dikunjungi melalui perjalanan darat menggunakan jalan yang selalu dilalui oleh lori balak yang tidak begitu elok permukaannya. Bagaimana pun pada musim hujan jalan tersebut agak bahaya untuk dilalui. Pengalaman rombongan UMS menceritakan segalanya. Walaubagaimana pun sebaik sahaja jalan Sipitang ke Tenom siap sepenuhnya, jangka masa perjalanan ke Long Pasia akan pasti mengambil masa yang lebih singkat dari sebelumnya. Kerja-kerja pembinaan dan penaiktarafan jalan begitu giat dan rancak dijalankan di awal perjalanan ke Long Pasia.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Long Pasia, Delegation visit
Subjects:?? LC237-238.4 ??
Divisions:SCHOOL > School of Business and Economics
ID Code:2703
Deposited By:IR Admin
Deposited On:24 May 2011 15:40
Last Modified:02 Sep 2014 17:15

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository