UMS pemacu kecemerlangan Sabah

Jakaria Dasan, (2009) UMS pemacu kecemerlangan Sabah. New Sabah Times .

[img]
Preview
PDF
116Kb

Abstract

Sabah sebagai tumpuan pelawat, pelancong dan pelajar antarabangsa Sabah “Negeri di Bawah Bayu” kini sudah mula popular di dunia sebagai salah satu tempat destinasi pelancongan yang terkemuka. Keindahan flora dan fauna, khazanah marin yang terpelihara dan kepelbagaian etnik serta lain-lain kurniaan Tuhan kepada ngeri ini telah menjadikan Sabah, tumpuan utama para pelancong luar Negeri. Prasarana lapangan terbang yang baru siap dibina menjadikan Bandar Raya Kota Kinabalu khususnya sebagai salah satu gerbang masuk yang utama ke Negara ini. Kemudahan hotel dan tempat penginapan dengan kadar yang kompetitif turut mengujakan lagi daya tarikan sedia ada. Di sebalik semua kelebihan itu, sebenarnya tersergam indah sebuah lagi ikon pelancongan yang kian menapak megah di Bandar Raya Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah atau UMS adalah ikon yang dimaksudkan. UMS adalah antara pelengkap kepada kecantikan landskap Bandar Raya Kota Kinabalu. Sejak penubuhannya pada tahun 1994, UMS telah menjadi salah satu daripada katalis kepada kepesatan pembangunan di negeri ini. Kini ianya sudah mampu menjadi ikon kecemerlangan pendidikan yang turut menyemarakkan lagi industri pelancongan negeri ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:University Malaysia Sabah, UMS, Centres of excellence
Subjects:?? DS591-599 ??
L Education > L Education (General)
Divisions:SCHOOL > School of Business and Economics
ID Code:2714
Deposited By:IR Admin
Deposited On:23 May 2011 16:50
Last Modified:08 Sep 2014 10:36

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository