Pengaruh Kesultanan Brunei kepada masyarakat Sabah (Siri I)

Jakaria Dasan, (2008) Pengaruh Kesultanan Brunei kepada masyarakat Sabah (Siri I). Utusan Borneo .

[img]
Preview
PDF
139Kb

Abstract

Sungguhpun pada peta dunia, saiz Negara Brunei Darussalam begitu kecil jika dibandingkan dengan negeri Sabah dan Sarawak, akan tetapi nilai kekayaan Negara itu adalah jauh lebih tinggi dari yang dimiliki oleh kedua buah negeri. Sebagai antara Negara pengeluar minyak utama dunia dengan nisbah penduduknya yang kecil, Negara ini memiliki segala kelebihan mengatasi kedua buah negeri berkenaan. Sewajarnya kekayaan itu, masih dapat menggambarkan betapa Brunei pada suatu ketika dahulu adalah merupakan sebuah empayar yang memerintah kedua buah negeri termasuk sebahagian kawasan Kalimantan, di Indonesia. Brunei Darussalam terkenal sebagai salah sebuah negara yang terkaya disebabkan oleh hasil eksport minyaknya. Ia juga pernah terkenal sebagai pengeksport kapur barus pada sebelum zaman moden. Secara umumnya, sejarah Negara Brunei Darussalam telah dipinggirkan dalam kegiatan-kegiatan historiografi Asia Tenggara. Oleh yang demikian, ramai yang tidak menyedari atau memahami kepentingan sejarah Kesultanan Brunei kepada sejarah ketamadunan masyarakat Borneo umumnya. Fakta ini dapat disorot semula dengan membaca hasil penyelidikan yang telah dijalankan oleh dua orang penyelidik Sekolah Sains Sosial, Bilcher Bala dan Baszley Bee Basrah Bee.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:"Kesultanan Brunei", "Kesultanan Borneo", Sabah Society
Subjects:?? DS591-599 ??
Divisions:SCHOOL > School of Business and Economics
ID Code:2715
Deposited By:IR Admin
Deposited On:23 May 2011 16:53
Last Modified:10 Sep 2014 11:30

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository