Polis dan cabaran masakini

Jakaria Dasan, (2008) Polis dan cabaran masakini. New Sabah Times . p. 8.

[img]
Preview
PDF
81Kb

Abstract

Kes penculikan penuntut Universiti Malaysia Sabah pada 15 April 2008 sekitar jam 7:00 malam di kawasan kedai Taman Kingfisher merupakan satu kejutan besar yang menggemparkan seluruh Negara. Pelajar yang berada pada tempat dan masa yang salah telah dilarikan oleh dua orang penjenayah dengan menaiki sebuah kereta kancil. Dengan pengaruh alkohol dan syabu, penjenayah ini berubah menjadi kumpulan penculik yang nekad memilih mangsa mereka secara rambang. Menyedari keprihatinan dan sensitiviti masyarakat yang tinggi yang masih diselubungi dengan igauan kes-kes penculikan yang terus menjadi misteri, maka pihak Polis Kota Kinabalu telah bertindak pantas menyerbu ke tempat kejadian selang beberapa minit berlakunya peristiwa tersebut berdasarkan panggilan telefon rakan-rakan mangsa dan saksi di tempat kejadian. Sejurus selepas itu, pasukan Polis di daerah-daerah berhampiran juga telah dimaklumkan dan bersiap sedia dengan strategi menangani konflik kes sedemikian. Masyarakat yang prihatin turut sama memainkan peranan penting sehingga berakhirnya konflik berkenaan pada pagi 16 April 2008. Mangsa culik berjaya di selamatkan selepas suatu episod kejar mengejar antara kereta peronda Polis dengan kereta penculik di Kg Rompon, Tambunan. Penjenayah yang melarikan diri juga berjaya diberkas beberapa jam selepas itu dan sehari kemudiannya. Kejayaan pihak Polis ini merupakan suatu bentuk manifestasi betapa pihak Polis merupakan agen penyelesai konflik melibatkan kes-kes jenayah yang masih boleh diperakui kewibawaannya. Kepercayaan masyarakat kepada kemampuan Polis perlu dipelihara dan dipertingkatkan dengan kejayaan mendepani pelbagai cabaran yang sedang dan akan dihadapi di masa depan. Keyakinan masyarakat kepada institusi Polis amat penting dalam mempastikan proses pembangungan Negara berjalan dengan baik dan berkesan. Persoalannya sejauhmanakah anggota-anggota Polis dapat mengharungi cabaran mendatang dengan mengambilkira segala cabaran itu wujud dalam bentuk teka-teki sifatnya.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Police
Subjects:?? HV7551-8280.7 ??
Divisions:SCHOOL > School of Business and Economics
ID Code:2719
Deposited By:IR Admin
Deposited On:23 May 2011 15:33
Last Modified:10 Sep 2014 09:18

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository