Luncur udara tarikan baru di Ranau

Jakaria Dasan, (2009) Luncur udara tarikan baru di Ranau. Utusan Borneo . p. 11.

[img]
Preview
PDF
68Kb

Abstract

Ranau, sebagai salah sebuah daerah pelancongan di negeri ini, bakal menambat lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negeri dengan rasminya pembukaan tapak luncur udara (paragaliding) yang pertama di Sabah pada 9 dan 10 mei 2009. Perasmian yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Ranau ini akan disempurnakan oleh YB Datuk Masidi Manjun, Menteri Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar, merangkap ADUN Ranau. Sekian lama, daerah Ranau dikenali di peta dunia dengan anugerah Tuhan yang cukup istimewa iaitu Gunung Kinabalu. Selain itu, Kolam Air Panas dan ‘Canopy Walk’ di Poring, kebun sayur di Kundasang, keindahan sawah padi dan pelbagai lagi destinasi menarik akan tambah mengujahkan dengan rasminya kawasan Bukit Lohan Ulu di Kg Lohan kelak sebagai pusat sukan rekreasi lasak, luncur udara atau paragliding. Menerusi usaha beberapa orang peluncur udara tempatan untuk mempromosi kawasan ini melalui internet, maka lokasi tersebut telah mula menarik perhatian peluncur-peluncur udara dari Sarawak, Brunei dan Semenanjung Malaysia ke Lohan untuk mencuba tapak luncur udara ini. Pada setiap hujung minggu, Kg. Lohan telah menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk melihat juruterbang paragliding bermain di udara sepanjang hari. Usaha tersebut telah menarik minat Pejabat Daerah Ranau (PDR) untuk menjadikan program luncur udara sebagai sebahagian dari program dalam sambutan Pesta Kaamatan tahun 2009. Justeru, PDR akan menganjurkan pesta luncur udara Kaamatan buat julungkalinya pada 9 dan 10 Mei 2009. Menurut Pegawai Daerah Ranau En. Siriman MF Basir, usaha PDR ini adalah bertujuan menjadikan luncur udara sebagai salah satu daya tarikan pelancong yang baharu dan unik serta menarik.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Gliding, Paragaliding, Kg Lohan Ranau
Subjects:?? GV557-1198.995 ??
Divisions:SCHOOL > School of Business and Economics
ID Code:2733
Deposited By:IR Admin
Deposited On:20 May 2011 16:07
Last Modified:06 Sep 2014 12:16

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository