Pusat warisan kebudayaan bawah air Borneo

Jakaria Dasan, (2009) Pusat warisan kebudayaan bawah air Borneo. New Sabah Times . p. 7.

[img]
Preview
PDF
88Kb

Abstract

Terdapat banyak tempat menarik di Sabah yang sering menjadi daya tarikan untuk para pelawat dari dalam dan luar negara datang mengunjunginya. Tempat-tempat menarik itu bukan hanya mengekalkan ciri-ciri semula jadinya malah mempunyai artifak-artifak sejarah yang kerap menjadi sumber kajian dan rujukan para penyelidik dari seluruh dunia. Namun, masih banyak yang boleh dilakukan bagi memastikan tempat-tempat menarik itu ‘mesra pelawat.’ Sudah tentu ianya memerlukan komitmen pihak kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat itu sendiri. Selain itu, penemuan khazanah lama yang melambangkan keadaan hidup masyarakat silam seperti yang terdapat di dasar laut di sekitar perairan Tanjung Simpang Mengayau contohnya, wajar diabadikan secara serius bagi memperkembangkan dan meningkatkan lagi pakej daya tarikan Tanjung Simpang Mengayau khasnya, dan negeri Sabah amnya. Buku bertajuk “Arkeologi Maritim Borneo – Kajian di Tanjung Simpang Mengayau” hasil tulisan dan suntingan Baszley Bee Basrah Bee dan Bilcher Bala, dua orang penyelidik dan pensyarah Universiti Malaysia Sabah menyingkap lebih lanjut mengenai potensi Tanjung Simpang Mengayau sebagai Pusat Warisan Kebudayaan Bawah Air Borneo. Selama tiga dekad perkembangan arkeologi maritim Malaysia, banyak penemuan tapak baharu dan kajian yang telah dilakukan sama ada dari perspektif ilmiah mahupun salvaj komersil. Pada dua dekad awalnya, perkembangan lebih tertumpu kepada perairan Selat Melaka dan bahagian timur Semenanjung Malaysia. Penjarahan tapak Risdam di perairan Mersing pada tahun 1983 hinggalah usaha salvaj tapak Royal Nanhai pada tahun 1996 telah membayangi perkembangan arkeologi maritim negara ini. Walau bagaimanapun, senario ini mula berubah apabila perkembangan arkeologi maritim Malaysia memasuki alaf baharu pada abad ke-21. Sabah yang dahulunya terpinggir dari arus perkembangan disiplin ini mula membuka lembaran

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Underwater cultural heritage, Borneo
Subjects:?? DS591-599 ??
Divisions:SCHOOL > School of Business and Economics
ID Code:2735
Deposited By:IR Admin
Deposited On:20 May 2011 14:55
Last Modified:03 Sep 2014 11:13

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository