Kaum Ibu luar bandar miliki daya tahan stres

Jakaria Dasan, (2008) Kaum Ibu luar bandar miliki daya tahan stres. Utusan Borneo .

[img]
Preview
PDF
68Kb

Abstract

Negeri Sabah adalah antara negeri di Malaysia yang masih lagi mempunyai jumlah penduduk yang tidak sepadat beberapa buah negeri lain khususnya di Semenanjung. Selain disebabkan keadaan kawasannya yang masih luas, taburan kependudukan masyarakat di negeri ini yang seragam dominasinya baik di kawasan darat dan air turut menyumbang kepada keselesaan penempatan para penduduk. Kepelbagaian etnik yang melebihi 30 suku kaum di negeri Sabah, turut menjurus kepada amalan cara hidup yang penuh bersusila disamping adat yang menjurus kepada pentingnya institusi keluarga dalam hidup bermasyarakat. Senario kehidupan ini, baik di bandar mahu pun di kawasan luar bandar, masih tidak begitu ketara bezanya. Justeru itu, tanpa ada suatu kajian yang mendalam, masyarakat tidak akan sedar bahawa dalam diam, wujud fenomena stres di kalangan kaum ibu di luar bandar. Sebenarnya proses pembesaran mereka (kaum ibu/masyarakat di luar bandar) yang masih kaya dengan adat dan budaya menyebabkan mereka tidak menunjukkan reaksi, melalui raut wajah atau pertuturan yang boleh menampakkan seolah mereka berada dalam keadaan stres. Kaedah popular yang biasa digunakan dalam melepaskan perasaan yang ditekan oleh stres ialah dengan melepaskan marah dalam nada suara yang tidak begitu serius. Ungkapan yang biasanya digunakan adalah seperti “bah, sampai malam lah kamu mandi (sungai), orang bilang naik, tidak juga mahu naik. Kamu ingat banyak duit bapa kamu mahu kasih (beri) makan kita.” Selain itu, ungkapan lain yang biasa didengar ialah “kalau mahu kenyang, makan..! Jangan pilih-pilih lauk. Ingat banyak duit kita mahu makan daging hari-hari.” Itu adalah antara beberapa ungkapan kata yang disebut dengan nada sedikit keras tetapi secara bersahaja. Kesulitan ekonomi adalah faktor utama yang menyebabkan berlakunya kejadian sedemikan. Secara langsung, dengan berada di bawah paras kemiskinan, menyebabkan tahap stres yang dialami kian meningkat.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Mother, Stress, Economics
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions:SCHOOL > School of Business and Economics
ID Code:2758
Deposited By:IR Admin
Deposited On:19 May 2011 16:47
Last Modified:09 Sep 2014 14:31

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository