Pengalaman terhadap perlakuan jenayah dan keselamatan pekerja perusahaan rumpai laut di Semporna, Sabah: satu penemuan

Nor Ina Kanyo and Ahmad Tarmizi Abdul Rahman (2016) Pengalaman terhadap perlakuan jenayah dan keselamatan pekerja perusahaan rumpai laut di Semporna, Sabah: satu penemuan. MANU, 24. pp. 179-201. ISSN 1511-1989 (P-ISSN) , 2590-4086 (E-ISSN)

[img] Text
Pengalaman Terhadap Perlakuan Jenayah dan Keselamatan Pekerja Perusahaan Rumpai Laut di Semporna, Sabah, Satu Penemuan.pdf
Restricted to Registered users only

Download (668kB) | Request a copy
[img] Text
Pengalaman terhadap perlakuan jenayah dan keselamatan pekerja perusahaan rumpai laut di Semporna, Sabah, satu penemuan-Abstract.pdf

Download (59kB)

Abstract

Pelakuan jenayah merupakan permasalahan sosial yang menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak, sama ada di pihak pembuat dasar atau masyarakat secara keseluruhannya. Peningkatannya adalah selari dengan kemajuan pembangunan dan perkembangan perbandaran sesuatu wilayah. Kajian tentang jenayah lazimnya dilakukan di kawasan bandar dan kajian daripada pelbagai disiplin ilmu di Malaysia masih kurang. Kekurangan pengkajian jenayah di negara ini daripada pelbagai aspek yang merentasi ruang wilayah menjadi antara penyumbang kepada kelemahan mengatasi permasalahan jenayah di negara ini. Justeru, kajian jenayah berasaskan disiplin geografi telah diperluaskan skop dan ruang lingkupnya merentasi wilayah bandar dan luar bandar. Makalah ini mengetengahkan penemuan awal kajian terhadap perlakuan jenayah dalam perusahaan rumpai laut di daerah Semporna, Sabah yang merupakan antara kawasan yang dikenal pasti dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program National Key Economic Areas (NKEAs) bagi strategi pembasmian kemiskinan dan pemerkasaan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara hasil daripada kedudukan geografi yang strategik dan kekayaan khazanah alamnya. Bagi memudahkan perbincangan, pengalaman terhadap perlakuan jenayah dalam kalangan pekerja perusahaan rumpai laut di daerah kajian diketengahkan. Kajian ini bukan sekadar mendedahkan perlakuan dan pengalaman terhadap perlakuan jenayah dalam kalangan pekerja perusahaan rumpai laut, tetapi juga sebagai sumber rujukan bagi kajian jenayah bagi konteks kawasan kajian.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Perlakuan jenayah , Pekerja , Rumpai laut , Semporna , Sabah
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
?? SH393_Seagrasses ??
Divisions: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 11 Jul 2021 13:43
Last Modified: 11 Jul 2021 13:43
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27900

Actions (login required)

View Item View Item