Pembangunan produk snek daripada peria

Cheng, Mun Wai (2006) Pembangunan produk snek daripada peria. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000074.pdf

Download (5MB) | Preview

Abstract

Kajian pembangunan produk snek daripada peria dijalankan untuk mempelbagaikan produk berasaskan peria di pasaran. Sebanyak 8 formulasi telah disediakan dengan 4 paras larutan kalsium klorida (0%, 0.5%, 1.0% dan 1.5%) dan 2 paras masa penggorengan (110 saat dan 140 saat) manakala parameter yang lain adalah ditetapkan dalam semua formulasi. Enam formulasi terbaik iaitu F1, F3, F4, F5, F6 & F8 telah dipilih oleh para panel melalui ujian pemeringkatan Balanced Incomplete Black Desýgn (BIBD) berdasarkan kepada jumlah skornya. Keenam-enam formulasi ini kemudian menjalani ujian skala hedonik 7 senggatan. Formulasi 8 dengan 1.5% larutan kalsium kiorida dan 140 saat masa penggorengan telah dipilih sebagai produk akhir snek peria dengan mengambil kira tahap kesukaan panel terhadap kesemua atribut yang diuji. Melalui analisis proksimat, snek peria ini mengandungi 3.09 ± 0.19 % Kandungan kelembapan, 5.21 ± 0.17 % kandungan abu, 13.12 ± 0.17 % kandungan protein, 30.72 ± 2.22 % kandungan lemak, 18.61 ± 0.66 % kandungan serabut kasar dan 30.08 ± 1.64 % kandungan karbohidrat. Daripada kajian mutu simpanan yang dijalankan selama 4 had dengan menggunakan ujian perbandingan berganda telah menunjukkan snek pena ini mengalami perubahan signifikan (p<0.05) pada atribut warna, keranggupan dan penerimaan keseluruhan. Dalam kajian pengguna pula, didapati rasa snek peria ialah atribut yang paling disukai oleh pengguna dengan min 4.03 ± 0.72 manakala 25% pengguna mengatakan bahawa akan beli produk snek peria sekiranya ada dijual dipasaran, 56% mengatakan mungkin akan bell dan 19% mengatakan tidak akan beli.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Snack, Bitter gourd
Subjects: ?? TP368-456 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 02 Jun 2011 03:34
Last Modified: 12 Oct 2017 08:26
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/2966

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository