Penghasilan kordial tembikai susu campuran madu

Gugapreya Chandren, (2005) Penghasilan kordial tembikai susu campuran madu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000082.pdf

Download (13MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dilakukan sebagai usaha untuk membangunkan produk minuman kordial tembikai susu campuran madu. Dalam kajian ini, sebanyak 16 formulasi telah dijana dan pemilihan formulasi terbaik berpandukan keputusan yang diperolehi dari ujian sensori yang dijalankan. Sebanyak 4 formulasi terbaik iaitu F4, F8, F11 dan F14 telah dipilih melalui ujian pemeringkatan berdasarkan kepada nilai skor yang terbaik yang menunjukkan perbezaan signifikan (p<0.05). Formulasi F14 dipilih daripada 4 formulasi untuk penghasilan produk akhir yang mempunyai 30% puri tembikai susu, 12% madu dan 42% gula. Skor min ujian hedonik formulasi F14 bagi atribut warna (4.87 ± 0.73), aroma (4.07 ± 0.74), kemanisan (5.37 ± 1.03), kemasaman (4.17 ± 0.79), rasa tembikai susu (5.23 ± 0.86), rasa madu (5.27 ± 1.05) dan penerimaan keseluruhan (5.63 ± 0.85). Keputusan daripada anal isis proksimat menunjukkan bahawa sampel kordial mengandungi 47.72 ± 0.35% air, 0.39 ± 0.02% abu dan 0.18 ± 0.02% serabut kasar. Sementara itu keputusan daripada ujian fizikokimia menunjukkan bahawa kordial segar mempunyai 55.00 ± 0.01°Briks jumlah pepejal larut, 57.54 ± 0.01 cP kelikatan, 0.41±0.01 peratus keasidan dan 3.68 ± 0.01 pH. Kajian mutu penyimpanan kordial dilakukan dengan menjalankan ujian fizikokimia, ujian mikrobiologi dan menilai perubahan fizikal kordial yang disimpan pada suhu bilik (25°C) dan pada suhu peti sejuk (4°C). Didapati jumlah pepejal larut dan peratus keasidan menurun dengan signifikan (p<0.05), manakala kelikatan dan pH telah meningkat secara signifikan (p<0.05) dibandingkan dengan sampel kordial segar. Kordial yang disimpan pada suhu bilik dan peti sejuk tidak menunjukkan perubahan fizikokimia yang signifikan (p>0.05) diantara kedua-dua suhu kecuali kelikatan. Ujian mikrobiologi menunjukkan tiada pertumbuhan mikroorganisma sepanjang tempoh penyimpanan. Sampel segar kordial yang digunakan untuk menjalani kajian pengguna terhadap 100 responden dan menunjukkan bahawa 70% responden suka terhadap kordial tembikai susu campuran madu dan 78% responden mempunyai kepastian akan membeli produk ini.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Honey melon, honey, Cordial
Subjects: ?? TP368-456 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 02 Jun 2011 06:44
Last Modified: 19 Oct 2017 02:41
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/2974

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository