Pembangunan jeli pektin pisang bercampur dengan lobak merah.

Yang, Siew Jing (2005) Pembangunan jeli pektin pisang bercampur dengan lobak merah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000083.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Objektif penyelidikan ini dijalankan bagi membangunkan jeli pektin berasakan buah pisang dan lobak merah. Sebanyak 16 formulasi telah dibangunkan. Pengformulasian jeli pektin berdasarkan pengubahsuaian campuran pulpa pisang dan puri lobak merah pada 35% dan 40% dan pektin 1.2% dan 2.4%. 4 formulasi terbaik dipilih melalui 4 sesi ujian pemeringkatan dalam penilaian sensori. Satu formulasi terbaik dipilih melalui ujian hedonik dalam penilaian sensori. Keputusan daripada ujian deria menunjukkan formulasi terbaik mengandungi 40% puri yang terdiri daripada 20% pulpa pisang dan 20% puri lobak merah, 2.4% pektin, 35.5% gula kasar, 15.6% sirap glukosa, 4.1 % gula halus, 0.5% natrium sitrat dan 1.9% asid sitrik. Analisis kimia terhadap produk akhir menunjukkan nilai pH 3.31 ± 0.01, jumlah pepejallarut 76.60 ± 0 .. 02°Briks dan jumlah asid tertitrat 0.76 ± 0.02%. Sampel jeli pektin dikaji mengandungi air 18.13 ± 0.02%, abu 0.86 ± 0.03%, protein 0.79 ± 0.04%, lemak 0.56 ± 0.03%, serabut kasar 0.71 ± 0.05%' dan karbohidrat 78.95 ± 0:08%. Mutu simpanan produk akhir dijalankan dalam pembungkusan plastik LOPE (Low Density Polyethylene) selama 8 minggu diuji dengan ujian kimia tidak menunjukkan perubahan yang signifikan (p>0.05) berbanding jeli segar. Penilaian deria setelah tempoh penyimpanan juga tidak menunjukkan perbezaan ketara (p>0.05) bagi semua atribut dengan jeli segar. Ujian mikrobiologi pada produk akhir tidak menunjukkan pertumbuhan mikroorganisma walaupun setelah 8 minggu disimpan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Jelly pectin, Banana, Carrot
Subjects: ?? TP368-456 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 02 Jun 2011 07:50
Last Modified: 19 Oct 2017 02:41
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/2975

Actions (login required)

View Item View Item