Pembangunan jeli mangga campuran halia

Tan, Yee Nee (2006) Pembangunan jeli mangga campuran halia. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000088.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Projek penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji dan membangunkan produk konfeksioneri baru iaitu jeli mangga campuran halia. Sebanyak 12 formulasi disediakan berdasarkan perubahan penggunaan peratusan puri mangga serta jenis halia yang terlibat iaitu halia muda serta halia tua. Menurut keputusan penilaian deria hedonik, didapati bahawa sampel jeli berformulasi F8 dengan 13.5% puri mangga dan 7% jus ekstrakan halia muda merupakan sampel terbaik (5.85±0.949). Melalui analisis proksimat, sampel jeli mangga campuran halia menunjukkan produk ini mengandungi 33.4 ± 0.162% air, 0.151 ± 0.311 % protein, 0.375 ± 0.849% lemak, 4.36 ± 0.0559% abu, 12.0 ± 0.153% serabut kasar dan 49.8% karbohidrat. 8agi ujian fizikokimia pula, sampel jeli terbaik ini mencatatkan nilai pH 3.62, manakala bagi jumlah pepejal terlarut pula adalah 76% serta jumlah asid tertitrat adalah 0.56%. Bagi kajian mutu simpanan jeli, sam pel jeli mangga campuran halia disimpankan dalam suhu peti sejuk (10 ± 3°G) selama 10 minggu. Keputusan perbandingan penilaian deria menunjukkan perbezaan signifikan (p<0.05) antara sampel rujukan berbanding dengan sampel jeli pada simpanan minggu ke-5. Perbandingan sampel rujukan dengan sam pel jeli pada minggu ke-10 turut menunjukkan keputusan yang sama (p<O.05). Sementara itu, kajian pengguna dijalankan untuk mengkaji tahap penerimaan sampel konfeksioneri ini. Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa jeli mangga campuran halia merupakan produk konfeksioneri yang baru dalam pasaran. Sebanyak 56% pengguna yang suka akan produk jeli ini selepas mencubanya, namun hanya 45% para pengguna akan membeli produk ini jika produk jeli ini dipasarkan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Mango jelly, Ginger
Subjects: ?? TP368-456 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 03 Jun 2011 03:18
Last Modified: 19 Oct 2017 02:44
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/2979

Actions (login required)

View Item View Item