Penghasilan minuman jus nanas campuran wheatgrass

Ting, Ping Loi (2005) Penghasilan minuman jus nanas campuran wheatgrass. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000099.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Projek penyelidikan ini dijalankan sebagai satu usaha untuk menghasilkan jus nanas dan wheatgrass. Kajian awal mengformulasikan jus nanas campuran wheatgrass untuk menentukan kesan pelbagai paras bahan mentah terhadap penerimaan pengguna. Rekabentuk faktorial digunakan untuk mendapatkan 12 formulasi. Sebanyak 3 formulasi terbaik telah dipilih dari 3 kumpulan jus berdasarkan penilaian sensori menggunakan ujian pemeringkatan dan dianalisis dengan menggunakan Jadual Kramer yang cepat clan tepat. Hanya 1 formulasi terbaik yang dipilih pada akhir ujian sensori dengan menggunakan ujian skala hedonik yang dianalisis dengan ANOVA dan Ujian Tukey. Hasil penilaian sensori menunjukkan wujud perbezaan signifikan (p<0.05%) untuk atribut kemanisan dan penerimaan rasa keseluruhan. Formulasi 50 % puri nanas, 5% wheatgrass, 42.98 % air dan 2% gula digunakan untuk penghasilan produk akhir kerana ciri-ciri sensori yang lebih diterima. Jus nanas campuran wheatgrass ini mempunyai 4.46 % serabut kasar dalam 100 g jus. Kajian mutu penyimpanan dijalankan selama 1 bulan ke atas empat jenis perlakuan yang diberikan kepada jus ini iaitu tiada bahan pengawet dan tidak dipasteur, tiada bahan pengawet tetapi dipasteur, ada bahan pengawet tetapi tidak dipasteur dan ada bahan pengawet serta dipasteur. Kajian ini dijalankan dengan menguji perubahan pH, peratus keasidan, kandungan vitamin C, jumlah pepejal larut dan ujian mikrobiologi. Bagi jus yang tidak diberi apa-apa perlakuan, keputusan menunjukkan pH berkurang dari 3.97 ± 0.00 kepada 3.55 ± 0.06, kandungan vitamin C berkurang dad 8.24 ± 0.02 mg kepada 1.35 ± 0.01 mg manakala peratus keasidan meningkat sepanjang tempoh penyimpanan dari 0.91 ± 0.01 % kepada 1.88 ± 0.01 %. Tiada perubahan berlaku kepada jumlah pepejal larut dimana ia kekal pada 4.5 ± 0.0 °Briks. Jus dengan perlakuan lain menunjukkan sedikit perbezaan dalam perubahan sifat fizikokimia. Jus yang tidak dikenakan apa-apa perlakuan menunjukkan pertumbuhan mikroorganisma diluar julat pada minggu kedua manakala yang lain masih dalam julat yang boleh diterima. Ujian pasaran menunjukkan minuman jus nanas campuran wheatgrass menandingi jus nanas jenama Fruit Tree dan Jus wheatgrass jenama Twins dari segi rasa keseluruhan. Sebanyak 80 % daripada pengguna yang akan membeli produk ini jika ia dipasarkan dan kebanyakannya suka akan minuman jus buah-buahan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Pineapple, Fruit juice, Wheatgrass
Subjects: ?? TP500-660 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 03 Jun 2011 07:22
Last Modified: 19 Oct 2017 03:05
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/2998

Actions (login required)

View Item View Item