Pembangunan kordial limau bali (Pummelo)

Voon, Adriana Fui Kren (2005) Pembangunan kordial limau bali (Pummelo). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000103.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Limau bali ialah buah-buahan kumpulan sitrus yang mempunyai rasa dan aroma yang unik. Dalam kajian ini, jus limau bali diproses untuk menjadi kordial limau bali yang berbeza daripada kordial berperisa yang terdapat di pasaran. Kordial ini diproses tanpa penggunaan bahan pewarna dan bahan perisa. Kordial yang dihasilkan dalam kajian ini mempunyai rasa dan warna semula jadi Limau bali. Sebanyak 12 formulasi kordial Limau bali dihasilkan. Melalui ujian sensori pemeringkatan sebanyak 3 formulasi telah dipilih untuk ujian sensori hedonik. Satu formulasi terbaik telah dipilih di mana ia mempunyai komposisi jus limau bali yang tinggi iaitu 45%. Sampel kordial yang disediakan dalam keadaan segar ini mempunyai nilai pH 4.21 + 0.02, keasidan 0.32 + 0.01 dan briks 46.00 + 1.00. Kajian mutu simpanan menunjukkan penurunan pH 3.95 + 0.01 manakala keasidan pula menunjukkan peningkatan kepada 0.54 + 0.04. Briks pula tidak mengalami perubahan. Di samping itu, ujian mikrobiologi menunjukkan pertumbuhan koloni yang kurang daripada 4.5 x 102cfu/g. Ujian sensori hedonik peringkat terakhir menunjukkan mutu simpanan kordial adalah baik kerana tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara produk segar dan produk yang telah disimpan sepanjang tempoh penyimpanan. Di samping itu, ujian pengguna menunjukkan sebanyak 78% panel pengguna yang menyukai rasa dan bau kordial ini. Oleh itu, kordial ini dijangkakan mendapat sambutan yang tinggi dan mampu bersaing dengan kordial lain yang terdapat di pasaran.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Pomelo, Citrus fruit, Citrus cordial
Subjects: ?? TP500-660 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 03 Jun 2011 06:55
Last Modified: 19 Oct 2017 03:11
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3002

Actions (login required)

View Item View Item