Pengambilan makanan segera oleh pelajar Universiti Malaysia Sabah (dalam pengetahuan tahap nutrisi makanan)

Nur Aniyah Ismail, (2006) Pengambilan makanan segera oleh pelajar Universiti Malaysia Sabah (dalam pengetahuan tahap nutrisi makanan). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
9Mb

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap penerimaan dan pengambilan makanan segera di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan untuk mengetahui sama ada pengambilan makanan segera responden adalah berdasarkan pengetahuan tahap nutrisi makanan. Selain daripada itu, faktor-faktor pengambilan makanan segera di kalangan pelajar UMS turut dikaji di samping menentukan sama ada terdapat perbezaan dalam pengambilan makanan segera di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Kajian ini dijalankan melalui perbandingan data demografi, penerimaan dan pengambilan makanan segera, pengetahuan responden terhadap nutrisi makanan, sikap dan amalan makanan serta pendapat responden mengenai isu-isu makanan segera dan amalan pemakanan. Subjek kajian adalah seramai 600 orang yang terdiri daripada pelajar Universiti Malaysia Sabah, iaitu 300 (50%) orang adalah pelajar lelaki dan 300 orang (50%) adalah pelajar perempuan. Kajian ini telah dilakukan di kawasan Kolej Kediaman UMS iaitu Kolej Kediaman Dalam Kampus iaitu Kolej Kediaman AB, Kolej Kediaman CD dan Kolej Kediaman E serta Kolej Kediaman Indah Permai, Kingfisher dan 'Non-Residen'. Responden bagi setiap kolej kediaman diambil secara rawak. Hasil kajian mendapati bahawa seramai 572 (95.3%) orang responden mengaku mengambil makanan segera berbanding hanya 28 (4.7%) orang responden sahaja yang tidak mengambil makanan segera. Dari keputusan penyelidikan yang diperolehi juga mendapati tahap penerimaan makanan segera di tahap "suka" mempunyai peratusan tertinggi dengan 57.5% atau seramai 345 responden, seramai 207 (34.5%) responden memilih tahap penerimaan di tahap "sederhana suka", 102 (17.0%) responden memilih tahap "sangat suka", 20 (3.3%) responden "tidak suka" makanan segera manakala hanya 14 responden mengatakan "sangat tidak suka". Berdasarkan ujian Korelasi Bivariate yang dilakukan ke atas perkaitan di antara pengambilan makanan segera responden dengan pengetahuan responden mengenai kandungan nutrien dalam diet seimbang, didapati nilai r=- 0.013 dan nilai P=0.374, tiada hubungan yang kuat di antaranya. Bagi perkaitan di antara pengambilan makanan segera responden dengan pengetahuan mengenai piramid makanan, nilai r=0.034 dan nilai P=0.204. Hasil daripada ujian didapati hubungan yang lemah di antara kedua pemboleh ubah. Selain itu, faktor tertinggi yang mempengaruhi responden untuk mengambil makanan segera ialah factor "sekadar suka-suka" iaitu jumlah responden seramai 287 (47.8%) responden. Perbezaan dalam pengambilan makanan segera antara responden lelaki dan perempuan ialah antara 572 (95.3%) responden yang mengambil makanan segera, 290 (48.3%) responden daripadanya adalah lelaki manakala 282 (47.0%) responden lagi adalah perempuan. Kajian ini menunjukkan bahawa pengambilan makanan segera oleh pelajar UMS adalah tidak berdasarkan pengetahuan tahap nutrisi makanan.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:Nutrition, Fast food, Food nutrition
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:School of Food Science and Nutrition
ID Code:3004
Deposited By:IR Admin
Deposited On:03 Jun 2011 15:01
Last Modified:03 Jun 2011 15:01

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository