Penghasilan kordial barli campuran limau kasturi

Deborah Shamini Anak Perempuan Peter Sekar, (2006) Penghasilan kordial barli campuran limau kasturi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000106.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan kordial barli campuran limau kasturi. Dalam kajian ini, sebanyak 12 formulasi telah dibangunkan dan pemilihan formulasi terbaik adalah berdasarkan kepada keputusan yang diperolehi daripada ujian sensori yang telah dijalankan. Sebanyak 3 formulasi terbaik iaitu F4, F5 dan F6 telah dipilih melalui ujian pemeringkatan berdasarkan kepada nilai skor min paling rendah. Ujian hedonik telah digunakan untuk memilih formulasi terbaik iaitu berdasarkan hasil analisis varians (ANOVA). Sampel yang paling digemari oleh ahli panel adalah F6 yang mengandungi 26% puri barli, 6% jus limau kasturi dan 43% gula. la mendapat min skor tertinggi bagi atribut wama (5.58 ± 1.32), aroma (5.53 ± 1.52), kemasaman (5.43 ± 1.55), aftertaste (5.50 ± 1.34) dan penerimaan keseluruhan (5.68 ± 1.40). Formulasi terbaik ini dilakukan ujian fizikokimia, analisis proksimat, ujian mutu simpanan, ujian sensori selepas penyimpanan dan kajian pengguna. Ujian mutu simpanan dilakukan selama 8 minggu melalui ujian fizikokimia dan ujian mikrobiologi. Ujian fizikokimia menunjukkan F6 mengandungi jumlah pepejal larut sebanyak 45.2 ± 0.1°Briks, nilai pH 3.49 ± 0.00, kandungan keasidan tertitrat 0.75 ± 0.01% dan kelikatan sebanyak 94.0 ± 0.01 cP. Analisis proksimat menunjukkan kordial ini mengandungi kelembapan 46.22 ± 0.04%, kandungan abu 0.07 ± 0.05%, kandungan serabut kasar 0.45 ± 0.14%, kandungan lemak 0.08 ± 0.05%, kandungan protein 0.83 ± 0.39%, kandungan karbohidrat 52.37 ± 0.57 dan kandungan vitamin C 6.00 ± 0.02 mg/100g. Ujian fizikokimia untuk ujian mutu simpanan menunjukkan perubahan kandungan jumlah pepejal larut dad 45.2 ± 0.0 °Briks ke 45.4 ± 0.0 °Briks. Ujian pH menunjukkan penurunan dari 3.49 ± 0.00 ke 3.47 ± 0.00 pada suhu bilik. Ujian keasidan tertitrat mendapati peratusan keasidan meningkat pada suhu bilik iaitu dad 0.75 ± 0.00% kepada 0.77 ± 0.00%. Ujian mikrobiologi menunjukkan bahawa tiada pertumbuhan mikroorganisma semasa penyimpanan pada suhu bilik dan suhu peti sejuk. Ujian sensori selepas penyimpanan menunjukkan bahawa tiada perbezaan signifikan yang wujud (p>0.05) di antara sampel segar dengan sampel penyimpanan pada suhu bilik bagi kesemua atribut yang dikaji. Kajian pengguna terhadap 100 responden menunjukkan bahawa 51% responden akan membeli kordial kajian, 26% pula mungkin akan membeli dan 23% tidak akan membeli.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Mixed cordial, Barley, Calamansi
Subjects: ?? TP500-660 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 03 Jun 2011 07:37
Last Modified: 19 Oct 2017 03:13
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3005

Actions (login required)

View Item View Item