Estet mini rumpai laut: program ke arah peningkatan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah, Semporna Sabah

Norhuda Salleh and Aisah Hosin and Budi Anto Mohd Tamring (2013) Estet mini rumpai laut: program ke arah peningkatan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah, Semporna Sabah.

[img] Text
Estet mini rumpai laut_ Program ke arah peningkatan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah, Semporna Sabah ABSTRACT.pdf

Download (63kB)
[img] Text
Estet mini rumpai laut_ Program ke arah peningkatan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah, Semporna Sabah FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (479kB) | Request a copy

Abstract

Penternakan Rumpai Laut melalui konsep estet mini di Semporna Sabah merupakan salah satu daripada 16 Projek Permulaan (Entry Point Projek) (EPP) di bawah sektor pertanian yang telah dikenalpasti sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (National Key Economic Area) (NKEA) di bawah Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme) atau singkatannya ETP. Penerokaan Industri Rumpai Laut melalui konsep ladang Mini di Sabah merupakan EPP ke 3 “community based, commercial approach” yang bermatlamat untuk mewujudkan peluang pekerjaan komuniti pulau dan seterusnya meningkatkan pendapatan bulanan. Projek Estet Mini Rumpai Laut di Semporna berkeluasan 8,000 hektar yang terletak di segi tiga terumbu karang yang kaya dengan biodiversiti. Makalah ini meninjau bagaimana usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan Negeri Sabah dengan bantuan pelbagai pihak dalam membantu komuniti yang menghuni kawasan yang telah diwartakan sebagai salah satu Taman Negara di Sabah meneruskan kelangsungan hidup melalui aktiviti pengkulturan rumpai laut. Aktiviti ekonomi yang dijalankan dalam kawasan taman Negara mempunyai pelbagai syarat yang perlu dipatuhi dan syarat utama ialah sebarang aktiviti ekonomi tidak boleh mengancam hidupan marin dan juga alam sekitar. Kajian ini telah dilakukan di Pulau Selakan yang majoriti komunitinya adalah etnik Bajau dan telah menetap di kawasan ini sebelum ianya diwartakan oleh Taman-taman Sabah sebagai salah satu kawasan Taman Negara dengan nama Taman Tun Sakaran yang berkeluasan 350 kaki persegi. Objektif kajian ialah mengetengahkan konsep estet mini rumpai laut dalam meningkatkan taraf hidup isi rumah yang berpendapatan rendah. Pemerhatian dan temuramah telah dijalankan di kawasan kajian bagi mendapatkan data dan maklumat. Keputusan utama kajian mendapati daripada 24 responden yang mengikuti program estet mini bersetuju bahawa program ini membantu mereka dalam meningkatkan pendapatan isi rumah.

Item Type: Proceedings
Uncontrolled Keywords: Estet mini , Rumpai laut , Bajau
Subjects: H Social Sciences > HB Economic theory. Demography
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling
Divisions: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 29 Jul 2021 15:18
Last Modified: 29 Jul 2021 15:18
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30114

Actions (login required)

View Item View Item