Penghasilan sos cendawan Shiitake

Syazwani Md Hilmie, (2007) Penghasilan sos cendawan Shiitake. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000129.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Sos cendawan Shiitake merupakan produk makanan yang baru di pasaran. Nilai pemakanan yang tinggi berserta khasiat cendawan tersebut menjadikan ia dipilih untuk menghasilkan produk makanan berguna. Pembangunan produk ini memerlukan penelitian dalam rekabentuk formulasi agar bersesuaian dengan citarasa masyarakat. Melalui ujian sensori iaitu ujian pemeringkatan dan hedonik, satu formulasi terbaik iaitu sampel F1 telah dipilih daripada sembilan formulasi yang dicipta. Sampel F1 seterusnya digunakan untuk analisis fizikokimia, analisis proksimat, ujian mutu simpanan dan ujian pengguna. Sampel F1 mempunyai pH 2.27, kandungan pepejal terlarut sebanyak 38°briks dan kelikatan, 12,000 sentipoise. Bagi analisis proksimat, sampel F1 mengandungi 58.87% lembapan, 12.78% abu, 4.09% protein, 0.49% lemak, 1.69% serabut kasar dan 22.08% karbohidrat. Bagi ujian mutu simpanan, keputusan menunjukkan bilangan koloni bagi kaedah piring curahan meningkat dari 9.07 cfu/g ke 1.99x103 cfu/g manakala bacaan piring sebaran juga meningkat dad 2.71x102 ke 10.95x102 cfu/g. Keputusan tersebut adalah untuk lapan minggu tempoh penyimpanan. Ujian perbandingan berganda mendapati tiada perbezaan signifikan pada aras perbezaan (p>0.05) di antara sampel F1 dengan sampel segar R. Ujian pengguna menunjukkan 44% pengguna menyukai produk ini dan 12% lagi tidak suka. Kesimpulannya, sos cendawan Shiitake yang dihasilkan daripada sampel F1 mampu menarik minat para pengguna walaupun ia merupakan produk baru di pasaran kerana rasa yang unik dan berkhasiat

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Sauce, Mushroom sauce, Shiitake
Subjects: ?? TP368-456 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 06 Jun 2011 08:30
Last Modified: 17 Oct 2017 05:25
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3028

Actions (login required)

View Item View Item