Penghasilan snek nanas berperisa rempah

Teoh, Chin Yen (2007) Penghasilan snek nanas berperisa rempah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000131.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Snek nanas berperisa rempah ialah makanan yang tidak mudah reput, bertahan lama dan memenuhi kelaparan seseorang secara sementara. Bahan mentah yang digunakan dalam penghasilan snek nanas berperisa rempah adalah buah nanas, gula, kayu manis, jintan manis, cengkih dan air. Melalui ujian pemeringkatan (BIB) yang dijalankan, terdapat 4 sampel dipilih daripada 9 sampel yang diuji. Melalui ujian hedonik yang menilai atribut warna, aroma, kemanisan, rasa, tekstur dan penerimaan keseluruhan mendapati sampel F5 dengan kandungan gula 40% dalam sirap berempah dan kandungan rempah dengan 80g kayu manis, 0.2g jintan manis dan 1.0g cengkih adalah paling diterima. Masa yang diambil untuk mengeringkan sampel terbaik snek nanas berperisa rempah kepada kandungan lembapan 15% pada 50°C ialah 5.6 jam, 60°C ialah 2.9 jam, dan 70°C ialah 2.1 jam. Untuk snek nanas yang berkandungan lembapan 10%, masa diambil untuk pengeringan pada 50°C ialah 6.4 jam, 60°C ialah 3.8 jam dan 70°C ialah 2.7 jam. Manakala untuk snek nanas berkelembapan 5%, masa pengeringannya pada 50°C ialah 10.1 jam, 60°C ialah 5.1 jam dan 70°C ialah 4.2 jam. Penilaian deria dalam peringkat pemilihan sampel terbaik bagi snek nanas yang dikeringkan dengan suhu pengeringan dan kandungan lembapan yang berbeza, mendapati sampel F4 dengan suhu pengeringan 60°C dengan kandungan kelembapan 5% paling diterima. Analisis proksimat menunjukkan kandungan abu snek nanas berperisa rempah adalah sebanyak 1.90%, protein 1.60%, lemak 0.10%, serabut kasar 2.05% dan karbohidrat sebanyak 89.32%. Didapati kandungan vitamin C tidak hadir pada semua sampel selepas dikeringankan dengan suhu pengeringan 50°C, 60°C dan 70°C. Kajian penyimpanan menunjukkan bahawa snek nanas yang disimpan pada suhu bilik bertahan lama. Penurunan yang konsisten didapati dari aspek pH.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Snack, Pineapple, Spices
Subjects: ?? TP368-456 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 07 Jun 2011 08:09
Last Modified: 19 Oct 2017 03:40
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3030

Actions (login required)

View Item View Item