Penghasilan biskut berasaskan halia

Choong, Chia Huey (2009) Penghasilan biskut berasaskan halia. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000148.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Objektif penyelidikan ini adalah untuk menentukan formulasi terbaik untuk penghasilan biskut halia melalui ujian pemeringkatan diikuti ujian skala hedonik. Ujian proksimat kemudiannya dijalankan untuk menentukan kandungan nutrient formulasi terbaik. Selain itu, tahap penerimaan dltentukan dengan mengendalikan ujlan pengguna. Mutu penylmpanan sepanjang 8 minggu juga ditentukan melalui penentuan perubahan kelembapan, ujian mlkrobiologi dan ujian bandingan berpasangan. Formulasi F5 yang mengandungl 27.5 % tepung gandum, 17.5 % tepung jagung, 6.5 % gula kastor dan 2.0 % serbuk halia dipilih sebagai formulasi terbaik dimana ia menunjukkan skor min yang tertinggi dari segi atribut wama (5.88 ± 0.91), kerapuhan (5.98 ± 0.95), kemanisan (5.S5 ± 0.92), rasa halia (5.73 ± 0.85), atrertaste (5.73 ± 0.75) dan penerimaan keseluruhan (5.93 ± 0.S3). Analisis proksimat menunjukkan sampel F5 mengandungi 1.77 ± 0.06 % kandungan air, 1.14 ± 0.09 % kandungan abu, 7.01 ± 0.09 % kandungan protein, lS.61 ± 0.17 % kandungan lemak, 1.74 ± 0.10 % kandungan serabut kasar dan 69.73 ± 0.33 % kandungan kerbohidrat Kelembapan sampel menunjukkan peningkatan dari minggu ke-O hingga minggu ke-8. Ujian mikrobiologi pula menunjukkan sampel biskut selamat dimakan sepanjang tempoh 8 minggu dengan CFUI 9 <1.0 x 102 (jangkaan). Ujlan bandlngan berpasangan hanya menunjukkan perbezaan yang signifikan (P<0.05) bagi atribut rasa halia pada minggu ke-6 manakala perbezaan yang signifikan (P<0.05) hanya wujud selepas minggu ke-S bagl atribut kerapuhan dan penerimaan keseluruhan. Kesimpulannya, formulasi F5 dipilih sebagai formulasi terbaik dan mempunyai hayat simpanan selama 2 bulan. Daripac:la 100 orang pengguna yang dikaji, 84 % pengguna boleh menerima produk yang dlhasilkan ini.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Ginger, Biscuit, Production of biscuit
Subjects: ?? TP368-456 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 10 Jun 2011 00:24
Last Modified: 19 Oct 2017 04:02
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3063

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository