Penghasilan minuman dari santan kepala

Siti Norliayana Abd Rahman, (2010) Penghasilan minuman dari santan kepala. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000163.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan produk minuman dari santan kelapa yang belum terdapat di pasaran Malaysia. Sebanyak 12 formulasi disediakan di awal kajian dan seterusnya 1 formulasi dipilih melalui ujian pemeringkatan BIB dan Hedonik. Formulasi F12 yang terpilih selepas analisis varians (ANOVA) sehala mengandungi 20% santan, 15% gula melaka, 0.05% CMC dan 64.95% air. Untuk tujuan kajian penyimpanan, sampel minuman dibahagi kepada dua dan dipanaskan menggunakan dua kaedah berbeza. Kaedah 1 merupakan pemanasan pada suhu 72°C selama 20 minit dan disimpan pada suhu 4°C. Kaedah 2 merupakan pemanasan pada suhu 100°C selama 15 minit dan disimpan pada suhu bilik. Hasil ujian mikrobiologi, bagi kiraan plat bakteria mencapai 102 dan 103 CFU/ml masing-masing bagi kaedah I clan 2. Manakala kiraan plat kulat dan yis mencapai 10 3 CFU/ml bagi kedua-dua kaedah 1 dan 2. Tempoh penyimpanan bagi kaedah 1 ialah 9 hari dan bagi kaedah 2 ialah 6 hari. Ujian perbandingan berpasangan kaedah 1 dan 2, mendapati terdapat perbezaan sensori antara keduanya. Bagi ujian segitiga, hasilnya ialah terdapat perbezaan signifikan (p<0.05) antara sampel minuman segar dan yang disimpan bagi kedua-dua kaedah 1 dan 2. Minuman yang melalui kaedah 1 seterusnya digunakan untuk penentuan ciri-ciri minuman dan didapati minuman tersebut mempunyai pH 6.20 ± 0.01, kelikatan 1.7055 ± 0.0044 cp dan 0.986 ± 0.001 bagi aktiviti air. Keputusan bagi analisis proksimat ialah 0.13% ± 0.02 bagi abu, 78.92% ± 0.92 bagi air(kelembapan), 0.41% ± 0.02 bagi protein, 6.85% ± 0.36 bagi lemak clan 3.52% ± 0.21 bagi serat kasar. Majoriti pengguna yang mengikuti kajian pengguna dapat menerima produk yang menggunakan santan dalam pembungkus kotak ini secara keseluruhannya dan produk ini mempunyai potensi untuk dipasarkan.

Item Type: Academic Exercise
Subjects: ?? TP368-456 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 27 Jun 2011 08:36
Last Modified: 19 Oct 2017 04:29
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3098

Actions (login required)

View Item View Item