Penghasilan kordial jagung campuran madu

Prayashini Prabhaharan, (2005) Penghasilan kordial jagung campuran madu. Univerisit Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000176.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan sebagai satu usaha untuk menghasilkan kordial jagung campuran madu. Kajian awal melibatkan pembentukan 18 formulasi daripada kombinasi puri jagung (28%, 32% dan 36%), madu (2%, 4% dan 6%) dan gula (38% dan 40%). Dengan menjalankan ujian pemeringkatan, sebanyak 3 formulasi terbaik iaitu F2, F9 dan F18 telah dipilih. F2 yang mengandungi 28% puri jagung, 4% madu dan 38% gula dipilih sebagai formulasi terbaik berdasarkan hasil analisis varians (ANOVA) dan menunjukkan perbezaan signifikan pada aras p<0.05. Formulasi terbaik ini dilakukan ujian fizikokimia, analisis proksimat, ujian mutu simpanan dan kajian pengguna. Ujian mutu simpanan dilakukan selama 8 minggu melalui ujian fizikokimia, ujian mikrobiologi dan ujian sensori selepas penyimpanan. Ujian fizikokimia menunjukkan F2 mengandungi 52.0 ± O.ooBrix jumlah pepejal larut, nilai pH 3.77 ± 0.01 , 3.18% kandungan keasidan dan nilai kelikatan 134.00 ± 0.01cP. Keputusan anal isis proksimat menunjukkan F2 mengandungi 56.8 ± 0.57% air, 0.00 ± 0.00% abu, 0.27 ± 0.06% serabut kasar, 0.51 ± 0.14% protein, 1.70 ± 0.35% lemak dan 40.72 ± 0.12% karbohidrat. Manakala, ujian fizikokimia untuk ujian mutu simpanan menunjukkan perubahan kandungan jumlah pepejal larut dari 52.0 ± O.0°Brix ke 52.2 ± O.O°Brix mempunyai perbezaan signifikan (p<O.05) pada penyimpanan minggu keenam. Nilai pH dan kandungan keasidan menunjukkan tiada perbezaan signifikan (p>0.05) sepanjang penyimpanan 8 minggu pada suhu bilik. Peningkatan dalam nilai kelikatan dari 134.50 ± O.10cP ke 136.10 ± 0.10cP menunjukkan perbezaan signifikan (p<O.05) pada penyimpanan minggu ketiga. Ujian mikrobiologi menggunakan peA dan PDA menunjukkan sampel dengan bahan pengawet tidak menunjukkan pertumbuhan mikroorganisma sepanjang penyimpanan manakala sam pel tanpa bahan pengawet menunjukkan pertumbuhan koloni pada penyimpanan minggu kedua. Ujian sensori selepas penyimpanan menunjukkan tiada perbezaan signifikan (p>0.05) wujud antara sampel selepas dan sebelum penyimpanan dari segi warna, aroma, kemanisan, kemasaman, rasa jagung, rasa madu, aftertaste dan penerimaan keseluruhan. Kajian pengguna menunjukkan 56% pengguna suka terhadap minuman kordial berbanding 12% yang tidak menyukainya manakala kekerapan meminum kordial menunjukkan 54% orang kadang kala meminum kordial dan 6% lagi kerap kali meminumnya. Potensi pembelian kordial jagung campuran madu menunjukkan 62% orang mungkin akan beli dan 8% orang tidak akan membelinya.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Cordial, Honey, Corn
Subjects: ?? TP500-660 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 29 Jun 2011 02:47
Last Modified: 19 Oct 2017 05:18
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3114

Actions (login required)

View Item View Item