Penghasilan produk kopi roselle (Hibiscus sabdariffa) 4 dalam 1

Ng, Lee Wei (2006) Penghasilan produk kopi roselle (Hibiscus sabdariffa) 4 dalam 1. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000177.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan produk kopi roselle 4 dalam 1. Objektif-objektif kajian ini ialah menentukan formulasi yang terbaik dengan berdasarkan penilaian sensori, menjalankan analisis proksimat terhadap formulasi terbaik yang dipilih, mengkaji kesan mutu simpanan dan tahap penerimaan pengguna terhadap produk kopi roselle 4 dalam 1. Reka bentuk faktorial digunakan untuk pemilihan 12 formulasi dengan mengubah nisbah serbuk roselle (1%, 2% dan 3%), nisbah gula kastor (40% dan 50%) dan serbuk kopi segera (10% dan 15%). Ujian pemeringkatan dijalankan untuk memperolehi 3 formulasi terbaik (F3, F5 dan F9) daripada 12 formulasi. Formulasi terbaik iaitu F3 dipilih melalui ujian hedonik dengan 1 % serbuk roselle, 50% gula kastor, 10% serbuk kopi segera dan 39% krimer bukan tenusu. Analisis proksimat seperti penentuan kandungan lembapan, abu, lemak, protein, serabut kasar, karbohidrat dan tenaga masing-masing mencatatkan nilai 1.98 ± 0.01 %, 1.76 ± 0.11%,2.25 ± 0.05%,1.47 ± 0.09%,0.78 ± 0.05%,91 .76 ± 0.10% dan 78.61 ± 0.13 kcal. Analisis kimia meliputi analisis terhadap kandungan lembapan (1.98 ± 0.01%), pH (5.04 ± 0.01), jumlah pepejal terlarut (11 .26 ± O.OSOBriks) dan asid tertitrat (0.10 ± 0.01%). Hasil ujian mikrobiologi menunjukkan produk akhir yang disimpan selama 6 minggu adalah bebas daripada pertumbuhan mikroorganisma dan pada minggu ke-8 dan ke-10 masing-masing mencatatkan nilai sebanyak 1.0 x 102 CFUlg (anggaran) dan 4.5 x 102 CFUlg (anggaran). Berdasarkan hasil yang diperolehi daripada ujian perbandingan berganda, semua atribut yang dikaji menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan (p > 0.05). Kromatografi lapisan nipis menunjukkan dua pigmen antosianin utama iaitu delfinidin-3-sambubiosida dan sianidin-3-sambubiosida wujud pada sam pel serbuk roselle dan produk kopi roselle 4 dalam 1 selepas tempoh penyimpanan. Oaripada kajian pengguna yang dijalankan, sebanyak 93% pengguna akan membeli produk ini sekiranya ia dipasarkan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Coffee, Roselle
Subjects: ?? TP500-660 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 29 Jun 2011 07:21
Last Modified: 19 Oct 2017 05:18
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3115

Actions (login required)

View Item View Item