Penghasilan kordial peria campuran limau kasturi

Yong, Kar Chong (2007) Penghasilan kordial peria campuran limau kasturi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000189.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Satu produk minuman yang baru iaitu minuman kordial peria campuran limau kasturi telah dihasilkan. Sebanyak 10 formulasi awal telah dikaji dan melalui ujian pemeringkatan, tiga formulasi terbaik iaitu formulasi F3, F5 dan F8 telah dipilih untuk diuji dalam ujian hedonik. Daripada ujian hedonik yang dilakukan, satu formulasi terbaik iaitu formulasi F3 telah dipilih. Pemilihan formulasi terbaik ini adalah berdasarkan atribut wama, kemanisan, kepahitan, kemasaman, aftertaste dan kesukaan keseluruhan. Daripada analisis yang dilakukan, didapati formulasi ini mempunyai kandungan lembapan sebanyak 42.82 ± 0.19%, kandungan abu sebanyak 0.15 ± 0.01%, kandungan protein sebanyak 0.12 ± 0.01%, kandungan lemak sebanyak 0.03 ± 0.01% dan kandungan jumlah karbohidrat sebanyak 56.87 ± 0.19%. Kajian penyimpanan turut dilakukan terhadap formulasi F3 dan formulasi ini telah telah disimpan dalam botol PET pada suhu 25 ± 5 0c. Tempoh kajian penyimpanan yang dilakukan adalah selama 7 minggu dan ciri-ciri yang dikaji termasuklah perubahan pH, asid titratan (TA), jumlah pepejal terlarut eBrix) dan jumlah kiraan yis dan kulat. Sepanjang tempoh penyimpanan ini, sampel formulasi F3 didapati tidak mengalami perubahan yang signifikan (p>O.OS) untuk pH, asid titratan (TA) dan jumlah pepejal terlarut eBrix). Bagi ujian jumlah kiraan yis dan kulat pula, bilangan CFU/ml sampel telah menunjukkan peningkatan dan pada minggu ketujuh penyimpanan, bilangan CFU/ml sampel telah meningkat kepada 1.5 X 10² CFU/ml (anggaran). Secara keseluruhannya, kajian penyimpanan telah menunjukkan formulasi F3 ini masih dalam keadaan yang baik selepas 7 minggu penyimpanan. Ujian pengguna turut dllakukan di sekitar kawasan Kota Kinabalu untuk mengkaji tahap penerimaan dan kesukaan terhadap formulasi terbaik ini. Keputusan mendapati tahap penerimaan dan kesukaan terhadap formulasi terbaik ini adalah agak baik.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Bitter melon cordial, Muskllme
Subjects: ?? TP500-660 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 30 Jun 2011 03:30
Last Modified: 19 Oct 2017 05:32
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3127

Actions (login required)

View Item View Item