Geologi am dan geokimia kawasan Mamut,Ranau

Nurfarhana Abdul Rahim, (2014) Geologi am dan geokimia kawasan Mamut,Ranau. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
GEOLOGI AM DAN GEOKlMIA KAWASAN MAMUT.pdf

Download (674kB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di sekitar Mamut, Ranau yang dibatasi oleh garis lintang 050 57' U hingga 06° 03' U dan garis bujur 116° 38' T hingga 116° 44' T. Keluasan kawasan kajian adalah kira-kira 100 km persegi. Kawasan kajian terdiri daripada Formasi Trusmadi, Formasi Crocker, batuan ultrabes, rejahan igneus dan endapan Kuartener yang terdiri daripada aluvium dan Gravel Pinousuk. Formasi Trusmadi yang berusia Paleosen hingga Eosen Tengah terdiri daripada unit batu pasir masif, Formasi Crocker yang berusia Eosen Tengah hingga Miosen Awal mempunyai selang lapis batu pasir dengan syal merah dan selang lapis batu pasir tebal dengan syal nipis. Batuan igneus ultrabes berusia Paleogen terdiri daripada peridotit terserpentinit manakala rejahan igneus berusia Miosen Tengah. Kawasan kajian mempunyai dua tren arah canggaan iaitu timur laut-barat daya dan barat laut-tenggara. Sebanyak 50 sampel tanah, 4 sampel air dan 3 sampel batu diambil untuk kajian makmal. Hasil analisis menunjukkan sampel batu pasir mempunyai julat kandungan kelembapan 15.19% hingga 36.71%, julat kandungan bahan organik 1.14% hingga 5.84% dan julat pH tanah berasid iaitu 4.61-5.55. Bagi sampel ultrabes, julat kandungan kelembapannyaia lah 19.19% hingga8 5.49%, julat kandunganb ahan organik 4.65% hingga 15.73% dan julat pH tanah adalah asid iaitu 5.27-6.64. Semetara itu, sampel aluvium menunjukkan julat kandungan kelembapan 39.21% hingga 79.38%, julat kandungan bahan organik 5.11% hingga 11.36% dan julat pH tanah 4.72-6.92 iaitu berasid. Kepekatan logam berat kromium (Cr), kuprum (Cu), mangan (Mn), nikel (Ni), plumbum (Pb) dan zink (Zn) dalam sampel batu pasir ialah 10.43 ppm-187.59 ppm, 1.58 ppm-91.50 ppm, 7.68 ppm-787.62 ppm, 3.32-20.77 ppm, 2.23 ppm- 16.77 ppm dan 15.63 ppm-83.03 ppm manakala dalam sampel ultrabes, julat kepekatannya adalah 2002.58 ppm- 11109.53 ppm, 6.81 ppm-131.39 ppm, 500.16 ppm- 11283.29 ppm, 1018.24 ppm-10221.49 ppm, 1.62 ppm-13.92 ppm dan 2.55 ppm- 274.09 ppm. Untuk sampel aluvium, kepekatan taburan logamnya adalah 73.95 ppm-3465.37 ppm untuk Cr, 1.37 ppm-65.39ppm untuk Cu, 88.84 ppm- 3438.03 ppm bagi Mn, 55.07 ppm- 3631.08 ppm bagi Ni, 4.77 ppm-11.97 ppm untuk Pb dan 2.04 ppm- 154.22 ppm bagi Zn.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Trusmadi Formation, massive sandstone
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 13 Nov 2017 06:18
Last Modified: 14 Nov 2017 07:45
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/313

Actions (login required)

View Item View Item