Penghasilan serunding ikan tilapia (Oreochromis sp.)

Muhammad Zulhimam Yacob, (2005) Penghasilan serunding ikan tilapia (Oreochromis sp.). School of Food Science and Nutrition. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000193.pdf

Download (4MB) | Preview

Abstract

Penghasilan serunding ikan tilapia ini adalah bertujuan untuk membangunkan produk baru daripada ikan tilapia. Pengformulasian dan pemprosesan produk ini adalah berdasarkan penghasilan serunding ikan oleh LKIM. Penghasilan serunding ikan tilapia ini melibatkan tiga peringkat iaitu penyediaan bahan mentah, penyediaan dan pemekatan sos dan proses pengeringan. Pengubahsuaian formulasi dilakukan terhadap peratusan kandungan isi ikan tilapia, cili kering dan santan. Keputusan yang diperolehi daripada penilaian sensori peringkat pertama menunjukkan bahawa formulasi yang berkod F4, F7 dan F9 merupakan formulasi yang terbaik daripada setiap kumpulan manakala keputusan sensori peringkat kedua menunjukkan sampel berkod F9 dengan peratusan isi ikan sebanyak 40%, cili sebanyak 5% dan santan sebanyak 35% dipilih sebagai formulasi yang terbaik bagi serunding ikan tilapia ini. Ini adalah disebabkan formulasi tersebut mempunyai nilai skor min yang tertinggi untuk atribut aroma (5.07 ± 0.78), atribut rasa (4.40 ± 1.30), atribut after taste (4.40 ± 1.16) dan atribut penerimaan keseluruhan (5.51 ± 1.20). Sementara itu, keputusan ujian analisis proksimat menunjukkan bahawa produk akhir ini mengandungi 7.63% kandungan air, 17.02% abu, 23.80% protein, 29.23% lemak, 11.47% serabut kasar dan 10.85% karbohidrat. Bagi analisis mikrobiologi pula, didapati penyimpanan suhu sejuk (4°C) adalah lebih baik bagi produk ini berbanding penyimpanan suhu bilik (25°C). Secara keseluruhannya, produk ini dapat diterima oleh ahli panel.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Fish, Tilapia, Fish floss
Subjects: ?? TP368-456 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 05 Aug 2011 09:04
Last Modified: 19 Oct 2017 05:37
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3192

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository