Penghasilan minumam susu kacang soya campuran perahan buah naga

Nor Ikhram Ismail, (2005) Penghasilan minumam susu kacang soya campuran perahan buah naga. School of Food Science and Nutrition. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000199.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Projek penyelidikan ini dilakukan untuk menghasilkan produk minuman kacang soya campuran perahan buah naga dan menjalankan ujian pengguna terhadap produk yang dihasilkan. Pengfomulasian untuk susu kacang soya campuran perahan buah naga adalah berasaskan pengubahsuaian dan segi peratusan puri buah, peratusan gula dan peratusan susu kacang soya. Peratusan puri buah naga yang diubahsuai iaitu 5%, 10% dan 15% serta peratusan gula yang diubahsuai iaitu 6%, 7%. 8°i°. 9% dan 10%. Tiga formulasi terbaik dipilih melalui ujian sensori pemeringkatan. Satu formulasi terbaik pula dipilih melalui ujian hedonik. Formulasi 8 dipilih sebagai formulasi terbaik dengan nisbah ekstraksi 10% buah naga, 8% gula dan 82% susu soya. Minuman susu kacang soya campuran perahan buah naga mempunyai nilai pH 6.60 ± 0.02, jumlah pepejal larut 12.0 ± 0.01 °Briks, kandungan protein sebanyak 2.91 ± 0.02%, kandungan lemak sebanyak 0.37 ± 0.05% dan kandungan serabut kasar sebanyak 0.29 ± 0.04%. Mutu simpanan produk akhir dikaji untuk menilai kestabilannya semasa penyimpanan melalui ujian fizikokimia, ujian mikrobiologi dan ujian penilaian deria. Pada hari 0 sampel bebas daripada pertumbuhan mikroorganisma melalui kiraan jumlah plat dan kiraan yis dan kulat. Sampel adalah selamat untuk diminum sehingga had ke-7 semasa penyimpanan dengan jumlah kiraan plat dan kiraan yis dan kulat masing - masing iaitu 4.00 x 103 CFU/mI bagi PCA dan 1.9 x 103 CFU/ml. Ujian penilaian deria semasa penyimpnan menunjukkan tiada perbezaan yang ketara (p>0.05) antara sampel bagi had ke-0 dan hari ke-3 kecuali atnbut aftertaste. Hasil kajian pengguna menunjukkan sebanyak 82% pengguna menyukai produk ini dan 78% akan membeli produk minuman susu kacang soya campuran buah naga yang dihasilkan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Soy milk, Dragon fruits,
Subjects: ?? TP500-660 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 05 Aug 2011 09:15
Last Modified: 19 Oct 2017 05:53
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3198

Actions (login required)

View Item View Item