Pembangunan mi campuran rumpai laut (Caulerpa lentillifera)

Nehal Rananiklal Patel, (2007) Pembangunan mi campuran rumpai laut (Caulerpa lentillifera). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000216.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Rumpai laut jenis CauJerpa Jentillffera mempunyai penggunaan yang terhad dalam penghasilan produk makanan. Kajian ini dijalankan untuk membangunkan produk mi yang ditambah dengan rumpai laut. Daripada enam formulasi yang dibangunkan, keputusan ujian penilaian sensori skala hedonik menunjukkan F3 (sam pel 725) dipilih sebagai sam pel terbaik. Sampel F3 merupakan formulasi dengan kombinasi 8% serbuk rumpai laut dan 92% tepung gandum. F3 mencatatkan nilai min yang tertinggi pad a setiap penilaian atribut yang dikaji dan menunjukkan perbezaan yang signifikan (p<0.05) pada atribut warna, tesktur, perisa rumpai laut dan penerimaan keseluruhan. Penentuan kualiti mi campuran rumpai laut menunjukkan peratusan perolehan produk adalah 90.8 ± 0.6% dan jangkamasa penyediaan mi yang paling baik ialah 7 minit. Nisbah min penghidratan semula mi campuran rumpai laut ialah 2.54 ± 0.14 dan min kesusutan penyediaan ialah 5.63 ± 0.56%. Hasil analisis proksimat menunjukkan mi campuran rumpai laut mengandungi 5.93 ± 0.10% kelembapan, 1.25 ± 0.15% abu, 0.45 ± 0.11% lemak, 2.12 ± 0.20% serabut kasar, 16.4 ± 1.05% protein, 73.9 ± 0.16% karbohidrat dan kandungan tenaga sebanyak 406.9 ± 0.10 kcal/100 g. Ujian mutu simpanan yang dijalankan selama 8 minggu pada suhu 25 ± 2°C menunjukkan terdapat perbezaan signifikan (p<0.05) antara kandungan lembapan sepanjang tempoh penyimpanan selama 8 minggu dalam mi campuran rumpai laut. Keputusan ujian mikrobiologi menunjukkan bilangan koloni bakteria, yis dan kulat masih lagi dalam lingkungan 25-250. Ujian sensori perbandingan berganda menunjukkan tiada perbezaan signifikan (p>0.05) bagi atribut tekstur, aroma dan penerimaan keseluruhan sepanjang 8 minggu penyimpanan. Dijangkakan mi campuran rumpai laut mempunyai tempoh hayat penyimpanan melebihi 8 minggu. Ujian pengguna menunjukkan mi campuran rumpai laut mempunyai potensi pembelian yang baik dan mampu memperbanyak lagi jenis mi di Malaysia apabila dipasarkan. Satu pembungkusan mi campuran rumpai laut yang menggunakan plastik jenis PP, bersaiz 6 in x 10 in dengan ketebalan 0.1 mm bersama label yang menarik berjaya direkabentuk.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Seaweed, Noodles, Caulerpa lentillifera
Subjects: ?? TP368-456 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 12 Aug 2011 08:07
Last Modified: 20 Oct 2017 05:40
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3208

Actions (login required)

View Item View Item