Penghasilan kanji pisang saba hadam-rendah

Tan, Boon Jiann (2007) Penghasilan kanji pisang saba hadam-rendah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000219.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kanji pisang Saba telah digunakan untuk menghasilkan kanji hadam-rendah melalui pembentukan RS3. Tiga kombinasi rawatan yang berturutan (hidrolisis asid, kitaran autoklaf-penyejukan dan penyimpana pada kombinasi suhu dan tempoh masa berlainan) telah diberikan pada kanji pisang Saba untuk membentuk kanji hadam-rendah. Kanji pisang yang dihidrolisis selama 30 minit dengan menggunakan 0.01 M HCI telah berjaya meningkatan kandungan amilosa sebanyak 26.7% (berbanding dengan dengan kanji asli) pad a kadar hidrolisis 2.1 ± 0.1%. Apabila diberikan rawatan autoklaf-penyejukan dari satu kitaran ke empat kitaran, peningkatkan kadar retrogradasi sebanyak 36.2% (p<0.05) didapati. Rawatan penyimpanan yang seterusnya pada sampel kanji yang diuji pada 4°C (1 hari) diikuti 3rC (13 hari) adalah bertujuan mendorong ketidakbolehadaman sampel oleh enzim a-amilase. Sampel ini didapati menunjukkan kebolehadaman in vitro lebih kurang lima kali ganda lebih rendah daripada kanji asli yang digelatinasasi. kanji hadam-rendah yang terhasil melalui pembentukan RS3 mempunyai kapasiti pembendungan air dan kuasa pengembangan yang lebih rendah (p<0.05), tetapi keterlarutan yang lebih tinggi (p<0.05) apabila dibandingkan dengan kanji asli.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Banana, Saba banana, Starch, Digestible starch
Subjects: ?? TP368-456 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 12 Aug 2011 08:04
Last Modified: 20 Oct 2017 06:08
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3210

Actions (login required)

View Item View Item