Pembangunan produk minuman puri tomato (Lycopersicum esculentum, L.) campuran jambu batu (Psidium guajava, L.)

Muhammad Haqim Jamil, (2007) Pembangunan produk minuman puri tomato (Lycopersicum esculentum, L.) campuran jambu batu (Psidium guajava, L.). School of Food Science and Nutrition. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000226.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan produk minuman puri tomato (Lycopersicum escalum, L.) campuran jambu batu (Psidium guajava, L.). Kajian awal melibatkan penghasilan 9 formulasi kombinasi puri tomato (30%, 35%, dan 40%) dan jus perahan jambu batu (5%, 7.5% dan 10%). Sebanyak 4 formulasi terbaik iaitu F3, F5, F6 dan F9 dipilih melalui ujian pemeringkatan berdasarkan penerimaan keseluruhan dan seterusnya 1 formulasi terbaik iaitu F6 telah dipilih melalui ujian hedonik. Dari ujian mutu simpanan yang dijalankan pada formulasi F6 selama 2 minggu melalui ujian fizikokimia dan ujian mikrobiologi menunjukkan penyimpanan pada suhu sejuk (4°C) tahan lebih lama berbanding dengan keadaan penyimpanan pad a suhu bilik (25°C) dimana jumlah keasidan sampel pada penyimpanan suhu bilik semakin meningkat dari 0.48 ± 0.02 hingga 0.69 ± 0.02 dan 0.48 ± 0.02 hingga 0.63 ± 0.02 pada suhu sejuk. Bagi nilai pH pula, sampel yang disimpan pada suhu bilik semakin menurun dari 4.12 ± 0.02 hingga 3.85 ± 0.02 manakala pada suhu sejuk pula adalah 4.12 ± 0.02 hingga 3.98 ± 0.02. Kandungan asid askorbik menunjukkan penurunan daripada 10.99 ± 0.02 hingga 7.73 ± 0.02 mg/100mL pada suhu bilik dan pada suhu sejuk pula dari 10.99 ± 0.02 hingga 8.17 ± 0.02 mg/100mL. Nilai °Brik yang disimpan pad a suhu bilik berubah dari 11 .83 ± 0.02 hingga 9.07 ± 0.02 manakala °Brik yang disimpan pada suhu sejuk adalah 11 .83 ± 0.02 hingga 9.59 ± 0.02. Ujian mikrobiologi yang telah dijalankan bagi menentukan jumlah optimum penggunaan natrium benzoat melalui ujian peA dan PDA menunjukkan jumlah penggunaan natrium benzoat yang optimum adalah sebanyak 0.02% (200 ppm) kerana kadar kerosakkan bagi jus yang ditambah 200ppm adalah sama dengan jus yang ditambah dengan 300ppm dimana kedua-dua sampel rosak pada hari ke -12 bagi sampel yang disimpan pada suhu bilik. Kajian pengguna menunjukkan sebanyak 79% ahli panel pengguna suka secara keseluruhan sampel minuman puri dan sebanyak 78% pengguna menyatakan akan membelinya. Dengan ini, minuman puri tomato campuran jambu batu yang dihasilkan melalui penyelidikan ini berpotensi untuk dibangunkan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Tomato, Guava, Juice
Subjects: ?? TP500-660 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 04 Aug 2011 02:10
Last Modified: 20 Oct 2017 06:12
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3222

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository