Geologi am dan kajian geokimia di Pekan Lahad Datu

Yong, Choi Har (2007) Geologi am dan kajian geokimia di Pekan Lahad Datu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000372.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di antara garis bujur 05°01'U hingga 05°02'U dan garis melintang 118°16'T bingga 118°22’T. Kawasan kajian terdiri daripada Batuan Dasar Berhablur, Fonnasi Ayer, Formasi Tabanak dan endapan aluvium. Analisis geologi struktur seperti lineamen menunjukkan daya canggaan utama di kawasan kajian adalah bertren barat laut-tenggara. Daripada analisis fiziko-kimia yang dilakukan, didapati tanah dari kawasan Batuan Dasar Berhablur mempunyai nilai di antara 6.20 hingga 8.66 bagi pH, 12.20% - 46.34% bagi kandungan kelembapan, 3.92% - 13.39% bagi kandungan bahan organik dan 5.34% - 34.40% bagi peratusan lempung. Manakala nilai bagi kepekatan logam berat di dalam sampel tanah kawasan ini adalah 18.49 - 172.30 b.p.j bagi unsur Cu, 3.12 - 23.48 b.p.j bagi unsur Pb, 65.40 - 94.80 b.p.j bagi unsur Zn dan 8.35 - 64.00 b.p.j bagi unsur Cr. Tanah dari Formasi Ayer pula mencatatkan nilai 6.70 - 8.80 bagi pH, 33.10% - 48.69% bagi kandungan kelembapan, 3.39% - 5.10% bagi kandungan bahan organik dan 8.47% - 50.81% bagi peratusan lempung. Tanah dari formasi ini mempunyai nilai kepekatan 33.27 - 48.69 b.p.j bagi unsur Cu, 1.56 - 10.14 b.p.j bagi unsur Pb, 35.10 - 50.90 bagi unsur Zn dan 12.89 - 75.40 b.p.j bagi unsur Cr. Tanah dari Formasi Tabanak mempunyai pH di antara 5.50 - 9.32, 11.5% - 56.6% bagi kandungan kelembapan, 0.94% - 5.69% bagi kandungan bahan organik, dan 1.17% - 85.57% bagi peratusan lempung. Selain itu, tanah tersebut mempunyai nilai kepekatan 13.88 - 177.1 b.p.j bagi unsur Cu, 0.5 - 13.21 bagi unsur Pb, 30.60-73.30 b.p.j bagi unsur Zn dan 11.23 - 88.35 b.p.j bagi unsur Cr. Tanah dari ketiga-tiga kawasan tersebut menunjukkan hubungan yang positif di antara peratusan lempung dengan kandungan kelembapan. Tanah dari Formasi Ayer menunjukkan hubungan positif di antara kandungan bahan organik dengan pH manakala tanah dari Formasi Tabanak dan kawasan Batuan Dasar Berhablur menunjukkan hubungan negatif. Tanah dari ketiga-tiga kawasan menunjukkan hubungan positif di antara kepekatan Cu, Pb, Zn dan Cr dengan peratusan lempung. Tanah dari ketiga-tiga kawasan menunjukkan hubungan yang negatif di antara kepekatan Cu dengan BOT% dan hubungan yang positif di antara kepekatan Pb, Zn dan Cr dengan BOT%

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: General geology, Structural geology, Crystalline basement, Ayer formation, Tanabak formation, Alluvium, Lahad Datu
Subjects: ?? QE1-350.62 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 08 Dec 2011 03:47
Last Modified: 20 Oct 2017 06:16
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3240

Actions (login required)

View Item View Item