Geologi am dan sedimentologi kawasan Similajau, Bintulu, Sarawak

Khairunnissa Mohamad Yassin, (2007) Geologi am dan sedimentologi kawasan Similajau, Bintulu, Sarawak. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000397.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di sepanjang kawasan Similajau, jalan Miri - Bintulu seluas 150 Km² yang dilingkungi Sungai Similajau bahagian utara dan Sungai Takau di bahagian selatan yang merangkumi pada garis longitud 3°23'U sehingga 3°31'U dan garis latitud pada 113°17'T sehingga 113°22'T Objektif utama kajian ini dilakukan adalah untuk menghasilkan sebuah peta geologi terkini dan menentukan sekitaran pengendapan kawasan kajian. Hasil kajian mendapati kawasan kajian terdiri daripada Formasi Nyalau dan endapan aluvium. Formasi Nyalau berusia Oligosen sehingga Miosen Alas. Formasi Nyalau terdiri daripada jujukan batu pasir dan batu lumpur. Kawasan kajian telah mengalami perlipatan menunjam dengan arah canggaan utara selatan dan timur - barat menghasilkan set lipatan antiklin dan sinklin yang bertren barat laut - tenggara dan timur laut - barat daya. Sebanyak empat Jasies bagi Formasi Nyalau telah dikenalpasti iaitu Jastes batu pasir berlapisan silang, Jasies batu pasir nipis dengan batu lumpur, Jasies batu lumpur dengan batu pasir nipis dan Jasies lumpur. Sekitaran pengendapan bagi Formasi Nyalau adalah kawasan marin cetek, subsekitaran delta depan, dominasi pasang surut.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: General geology, Geographical map, Environment deposition, Nyalau formation, Aluvium deposition, Sungai Similajau, Bintulu, Sarawak
Subjects: ?? QE1-350.62 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 12 Jan 2012 03:20
Last Modified: 20 Oct 2017 06:19
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3260

Actions (login required)

View Item View Item