Kandungan Cd, Zn, Cu, Fe, Dan Pb di dalam ketam, kerang, kepah dan kapis

Nur'ain Husna Amiruddin, (2007) Kandungan Cd, Zn, Cu, Fe, Dan Pb di dalam ketam, kerang, kepah dan kapis. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000415.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kepekatan logam kadmium (Cd), zink (Zn), kuprum (Cu), ferum (Fe) dan plumbum (Pb) telah dikaji ke atas 2 spesies ketam iaitu Portunus pelagicus dan Portunidae sp., serta 6 spesies moluska iaitu Callista erycina Linnaeus, Spisula Solidissima, Anadara granosa Liline, Astarte borealis, Perna virdus Linnaeus dart Amusium pleuronectes Linnaeus. Kaedah penghadaman basah telah digunakan bagi analisis sampel. Kepekatan logam ditentukan menggunakan FAAS. Hasil kajian menunjukkan kepekatan Cd pada spesies kajian adalah diantara 0.48±0.08 - 4.59±1.70 mgkg‾¹ herdt basalt Portunidae sp. mempunyai kepekatan yang paling tinggi iaitu 5 kali ganda melebihi had maksimum yang ditetapkan. Bagi Zn, bacaan pada spesies kajian adalah diantara 70.19±7.61 - 305.00±10.40 mgkg‾¹ berat basah. C.erycina mempunyai kepekatan yang paling tinggi. Kepekatan Cu pula adalah diantara 4.65±0.86- 46.36 ± 4.60 mgkg‾¹ herat basah. Bagi Cu, kesemua spesies moluska mempunyai kepekatan di bawah had maksimum yang ditetapkan manakala kesemua spesies krustasia mempunyai kepekatan melebihi had maksimum yang ditetapkan. Bagi Fe pula, nilai kepekatan dalam spesies kajian adalah diantara 6.34±0.72 - 697.92±1.94 mgkg‾¹ berat basah dengan kebanyakan bacaan yang tinggi terhasil daripada kumpulan moluska iaitu C.erycina, A.granosa, A. borealis dan P. virdus. Akhir sekall, kepekatan logam Pb yang terdapat dalam spesies kajian adalah diantara 0.78± 0.12-1.96±0.21mgkg‾¹ berat basah. Bagi logam ini, tiada spesies yang mempunyai kepekatan melebihi had maksimum yang ditetapkan dalam Akta Makanart. Spesies yang diambil dari sekitar perairan laut KK dan Kota Marudu menunjukkan nilai kepekatan tertinggi bagi logam Zn. Manakala spesies yang diambil dari Kampung Gayang dan Teluk Mengkabong di Tuaran menunjukkan nilai kepekatan tertinggi bagi logam Fe. Purata kepekatan logam Cd dan Pb dalam spesies kajian pada kesemua lokasi pensampelan adalah rendah, iaitu diantara 0.78± 0.12 -46.36±4.60 mgkg‾¹ berat basah.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Cadmium, Zinc, Copper, Iron, Lead, Seafood, KK seawater, Kampung Gayang, Teluk Mengkabong, Sabah
Subjects: ?? TP200-248 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 05 Jan 2012 01:22
Last Modified: 23 Oct 2017 00:22
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3284

Actions (login required)

View Item View Item