Kesan kepekatan ammonium nitrat terhadap regenerasi centella asiatica dari bahagian daun

Yap, Siew Ming (2007) Kesan kepekatan ammonium nitrat terhadap regenerasi centella asiatica dari bahagian daun. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000416.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Centella asiatica dikenali di kalangan masyarakat Malaysia sebagai ulam yang mempunyai banyak khasiat seperti dapat menyembuhkan luka, merawat penyakit kusta, merawat penyakit kulit dan sebagainya. Dalam kajian ini, fungisid dengan kepekatan 250mg/l, antibiotik Quilaxime dengan kepekatan 250mg/l, dan klorox 15% (v/v) telah digunakan dalam kaedah pensterilan eksplan C. asiatica. Eksplan daun kemudian dikultur dalam media MS yang mengandungi kombinasi hormon BAP dan NAA. Kombinasi yang pertama merupakan 5mg/l hormon BAP dan 0.lmg/l hormon NAA manakala kombinasi yang kedua merupakan 2mg/l hormon BAP dan 0.4mg/l hormon NAA. Memandangkan objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan kepekatan ammonium nitrat yang berbeza terhadap regenerasi pucuk, ammonium nitrat dengan kepekatan 0mg/l, 500mg/l, 1000mg/l, 1650mg/l, 2000mg/l, 3000mg/l, 4000mg/l dan 5000mg/l telah dimasukkan ke dalam media regenerasi yang mengandungi kombinasi hormon BAP dan NAA tersebut. Peratus eksplan membentuk kalus yang tertinggi (90.6% ± 12) boleh dilihat pada media yang mengandungi 2mg/l BAP dan 0.4mg/l NAA dalam kehadiran 1650mg/l ammonium nitrat. Pembentukan akar pula dapat diperhatikan pada media regenerasi yang mengandungi 2mg/l BAP + O.4mg/l NAA dengan ammonium nitrat berkepekatan l000mg/l (3.13% ± 6.25) dan 1650mg/l (3.13% ± 6.25). Regenerasi akar adalah melalui organogenesis secara tidak langsung. Walaupun tiada pembentukan pucuk yang berlaku, namun pembentukan kalus nodular sedikit sebanyak memberi harapan pucuk akan berkembang daripada kalus nodular tersebut.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Local herbs, Wound healing, Skin disease, Treating leprosy, Centella asiatica
Subjects: ?? QK710-899 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 05 Jan 2012 02:13
Last Modified: 23 Oct 2017 00:22
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3286

Actions (login required)

View Item View Item